Page 72 - PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
P. 72

Panduan Pelaksanaan Program  kementerian
                                                           Pembangunan Guru Baharu  pendidikan
                                                                      (PPGB) 2015  malaysia





                  penGenalan


                  Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa yang tertentu antara
                  seseorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan
                  yang tinggi dengan seseorang yang dianggap kurang pengalaman, pengetahuan serta kurang
                  berkemahiran. Pementoran menyediakan peluang kepada Guru Baharu menimba pengalaman
                  atau pengetahuan melalui hubungan mesra serta berkomunikasi secara profesional ke arah
                  perkembangan dan pembangunan diri mereka.

                  Setiap  Guru Baharu mesti  melibatkan diri secara  aktif dalam  program Pementoran bagi
                  meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran PdP dan nilai keguruan
                  serta pengurusan sekolah.



                  rasional  keperluan  mentor


                  Menurut Salhah Abdullah (2005), Wildman, Magliaro, Niles dan Jerome A. Niles (1992)
                  dari  Virginia  Polytechnic Institute dan State University  dalam jurnal yang bertajuk  Teacher
                  Mentoring: An Analysis of Roles, Activities and Conditions merumuskan bahawa
                  terdapat lapan kategori aktiviti pementoran dalam membantu Menti, iaitu:
                    a.   menggalakkan membuat refleksi;

                    b.   mengarah dan menyokong pelan tindakan;
                    c.   memberikan bantuan secara langsung dalam menghasilkan bahan-bahan PdP;

                    d.   menyediakan maklumat yang mungkin berguna dalam  menghasilkan pengubahsuaian;
                    e.   memberi idea yang membolehkan Menti menyelesaikan masalah;

                    f.   memberi dorongan dan sokongan emosi;
                    g.   sumbangan Menti kepada Mentor; dan

                    h.   meredakan ketegangan semasa berhadapan dengan masalah.



                  definisi  mentor,  menti,  pementoran

                  mentor  merupakan  seorang  guru  yang  dilantik  untuk  membimbing  perkembangan  kerjaya
                  seorang Guru Baharu. Beliau adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman (lebih
                  lima tahun berkhidmat) dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan sekerja.

                  menti bermaksud Guru Baharu yang dibantu oleh Mentor dalam proses Pementoran. Beliau
                  merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan
                  dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam profesion keguruan.

                  pementoran merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara
                  profesional oleh Mentor bagi pembangunan diri Menti terhadap tugas profesionalnya. Proses
                  Pementoran melibatkan aktiviti perhubungan, perkongsian pengalaman, pemindahan ilmu
                  dan kemahiran serta pembinaan sahsiah keguruan dalam jangka masa yang ditetapkan.
                                                                                                          71
   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77