Page 73 - PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
P. 73
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PPGB) 2015
pemilihan mentor
Mentor hendaklah terdiri daripada seorang guru yang berpengetahuan, berpengalaman dan
berkemahiran (lebih dari lima tahun). Asas pemilihan Mentor adalah seperti yang berikut:
a. guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran yang diajar oleh Menti;
b. boleh membangunkan potensi individu;
c. dihormati oleh rakan-rakan sekerja kerana memiliki kemahiran dan pengetahuan yang
tinggi dalam bidang pengkhususannya;
d. berinisiatif dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh tanggungjawab;
e. mempunyai pemikiran reflektif;
f. memiliki kemahiran membimbing dan melatih;
g. boleh mengurus masa dengan baik;
h. memperlihatkan rasa kecintaan terhadap PdP;
i. komitmen yang tinggi terhadap peningkatkan kualiti masa depan pendidikan negara;
dan
j. menerima tanggungjawab dengan hati yang terbuka.
kaedah pelaksanaan pementoran
a. Pentadbir sekolah memberikan taklimat kepada Mentor dan Menti tentang PPGB.
b. Mentor berbincang tentang pelaksanaan program pementoran.
c. Mentor membimbing Menti bidang, tugas dan tanggungjawab sebagai guru.
d. Mentor membimbing Menti bagi mendapatkan maklumat dan panduan yang berkaitan
dengan aktiviti atau program sekolah.
e. Mentor membimbing dan memberi nasihat kepada Menti tentang semua aspek
berkaitan pendidikan.
Objektif pementoran
Pada akhir proses pementoran Guru Baharu dapat:
a. memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamalkan nilai
profesional keguruan;
b. meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;
c. meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;
d. menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;
e. menyepadukan teori dengan amali PdP;
f. menguasai dan memantapkan strategi pengajaran;
g. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya memperkembangkan
potensi diri guru; dan
h. membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru.
72

