Page 75 - PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
P. 75

kementerian   Panduan Pelaksanaan Program
                               pendidikan   Pembangunan Guru Baharu
                                malaysia  (PPGB) 2015





                  proses  pementoran

                  Terdapat tiga perkara  utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pementoran iaitu:


                     a.   Memerhati (Observe)

                         Semasa proses Pementoran dijalankan, Mentor perlu memerhati tingkah laku Menti
                         bagi memastikan terdapat perubahan dan penambahbaikan yang berlaku. Menti juga
                         perlu melakukan pemerhatian kepada Mentor dan perlu mengemukakan soalan bagi
                         mendapatkan seberapa banyak sumber maklumat sepanjang proses Pementoran.

                     b.  Melibatkan Diri (Participate)


                         Menti perlu melaksanakan tugasan yang dirancang untuk memperoleh pemahaman
                         yang lebih mendalam. Dalam  masa yang  sama, Menti dapat mempelajari sesuatu
                         secara praktikal. Bagi tujuan ini, perbincangan perlu kerap dilakukan secara bersama.


                     c.  Melaksanakan (Conduct)

                         Menti boleh diberi kepercayaan untuk melaksanakan program-program yang
                         dirancang sendirian bagi menilai tahap kompetensi yang telah dipelajari. Dalam
                         proses pementoran, apabila Menti boleh berdikari bermakna satu perubahan positif
                         telah berlaku kepada Menti.











































           74
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80