Page 203 - malaysia_2017
P. 203

PROGRAM ChILLAX AGROPRENEUR MUDA TN50
              Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) memberi
              jaminan akan mengumpul dan mempertimbangkan pandangan anak muda dalam
              Program Chillax Agropreneur Muda Transformasi Nasional (TN50) yang diadakan
              pada  12  April  2017  lalu.  Program  yang  berlangsung  di  Taman  Ekspo  Pertanian
              Malaysia Serdang (MAEPS) itu dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas
              Tani, YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy
              Jamaluddin.

              Menurut Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, melalui program ini, cadangan-cadangan   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              yang disuarakan oleh anak-anak muda akan dikumpul dan dirumuskan semula.
              Ini adalah kerana ada cadangan yang bersifat program yang perlu dibangunkan,
              pendidikan dan undang-undang yang boleh dirumus sebagai dasar.

              Salah satu cadangan adalah berkenaan golongan petani diberikan gelaran khas
              seperti  karier  profesional  lain  dan  perlu  melibatkan  pelbagai  pihak.  MOA  akan
              membawa cadangan tersebut kepada Kementerian Pendidikan dan Kementerian
              Pengajian Tinggi untuk dipertimbangkan sekiranya amalan ini ada dibuat di negara
              lain. Perkara ini dilihat penting untuk meningkatkan martabat di kalangan mereka
              yang  terlibat  dengan  pertanian  agar  apabila  mereka  yang  menjuruskan  dalam
              bidang pertanian ini diiktiraf masyarakat apabila tamat pengajian kelak.

              Dalam pada itu, cadangan bagi syarat umur menjadi Anggota Pertubuhan Peladang
              diturunkan  daripada  18  tahun  kepada  13  tahun  juga  dipersetujui  oleh  pihak
              kementerian kerana ia merupakan satu cadangan yang baik untuk memupuk ilmu
              pertanian dalam kalangan masyarakat bermula dari peringkat awal lagi.






































                                                            MALAYSIA 203
                                                                         2017
   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208