Page 211 - malaysia_2017
P. 211

pengunjung dalam dan luar negara sejak pertama kali dianjurkan empat tahun
              sebelumnya.  PIIACUF 2016 yang berlangsung pada 1 – 11 Disember 2016 di Pusat
              Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) adalah bertemakan Glorious Textiles
              of The Islamic World (Keagungan Seni Tekstil Dunia Islam) yang akan memaparkan
              seni dan teknik tekstil dari seluruh pelusuk negara Islam di dunia. Tarikan utama
              PIIACUF  2016  antaranya  Sejarah  Tekstil,  adaptasi  dan  penggunaannya  dalam
              Dunia  Islam,  koleksi  tekstil  Mughal  Pakistan,  Bangladesh  dan  India,  Pameran
              pakaian, tekstil dan keris Bugis Selangor, Replika Jubah bersaiz Nabi Adam A.S  dan
              koleksi tengkolok Raja-raja Melayu.

                                            PERASMIAN RESIDENSI KERINChI                  RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                                            Pada  27  Februari  2017,  sempena  sambutan
                                            Hari Wilayah Persekutuan dan Program Kenduri
                                            1Wilayah Persekutuan Parlimen Lembah Pantai,
                                            YAB Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib
                                            bin Tun Abdul Razak telah merasmikan Residensi
                                            Kerinchi, sebuah pangsapuri moden 18 tingkat
                                            yang  menggantikan  perumahan  flat  empat
                                            tingkat  di  Kampung  Kerinchi.  Perdana  Menteri
                                            sempat melawat residensi yang mempunyai 480
                                            unit rumah. Pembinaan residensi yang bersifat
                                            urban renewal telah berjaya mentransformasikan
                                            suasana serta kualiti kehidupan para penduduk
                                            dengan  memiliki  kediaman  lebih  moden  dan
                                            selesa. Berkeluasan 900 kaki persegi dengan tiga
              bilik tidur, dua bilik air serta dilengkapi mesin basuh dengan fungsi pengering.
              Projek Residensi Kerinchi dilengkapi sekuriti, kemudahan surau, taman permainan,
              gelanggang futsal serta kolam renang. Berbanding flat empat tingkat yang dihuni
              terdahulu berkeluasan 380 kaki persegi, usang dan comot, penantian kesemua
              472 keluarga telah berakhir dan kini gembira diberikan unit kediaman yang jauh
              lebih selesa dengan nilai anggaran RM500,000.

                                                       KAD CERIA 2017
                                                       Menteri Wilayah Persekutuan telah
                                                       melancarkan  kad  diskaun  yang
                                                       dinamakan Kad Ceria pada 30 Mac
                                                       2017.  Dengan  Kad  Ceria,  lebih  1
                                                       juta  warga  Wilayah  Persekutuan
                                                       Kuala  Lumpur,   Putrajaya   dan
                                                       Labuan  boleh  menikmati  diskaun
                                                       pembelian  barangan,  makanan
                                                       dan  perkhidmatan  sehingga  70
                                                       peratus  di  lebih  1000  cawangan
              kedai terpilih. Kad Ceria merupakan inisiatif kementerian untuk membantu warga
              Wilayah  Persekutuan  dalam  merancang  dan  mengurus  perbelanjaan  harian
              secara  berhemah  serta  meringankan  beban  kos  sara  hidup  pengguna.    Antara
              rakan dagang yang terlibat adalah 7-Eleven, Berjaya Hotels and Resorts, Borders,
              Kenny  Rogers,  KK  Supermart  &  Superstores,  KLCC  Food  Truck,  Menara  Kuala
              Lumpur, Mydin, Pusat Pakaian Hari-Hari, Celcom Axiata Berhad, Radioshack, Rasa
              Utara, Bolton Optical Group, Wendy’s dan banyak lagi. Diskaun turut diberikan




                                                            MALAYSIA 211
                                                                         2017
   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216