Page 208 - malaysia_2017
P. 208
PENGENALAN
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) diwujudkan pada tahun 1979 yang
mana antara fungsinya ketika itu adalah sebagai penyelaras perancangan
dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang. Penubuhan
kementerian ini adalah sejajar dengan penubuhan Majlis Perancangan Wilayah
Lembah Klang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.
Pada 1981, KWP dijadikan sebagai satu Bahagian (Unit Perancangan Lembah
Kelang) di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Penyusunan semula
Kabinet pada 27 Mac 2004 telah menyaksikan KWP ditubuhkan semula untuk
memberi tumpuan khusus terhadap pemajuan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Lima tahun kemudiannya iaitu pada 23 Oktober
2009, menerusi Pembentangan Bajet 2010, YAB Perdana Menteri mengumumkan
perluasan peranan kementerian dalam pembasmian kemiskinan bandar seluruh
negara serta pelaksanaan program kesejahteraan bandar dan ini melibatkan
pertukaran nama kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan
Bandar (KWPKB). Penstrukturan Kabinet pada tahun 2013 pula menyaksikan,
fungsi asal kementerian ini dikembalikan manakala fungsi kesejahteraan bandar
telah diserahkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN
fESTIVAL CATUR PUTRAJAYA PIALA MENTERI wILAYAh PERSEKUTUAN 2017
Festival ini mencatatkan kejayaan manis apabila berjaya memecahkan rekod
MBOR bagi Pertandingan Catur dengan Penyertaan Kanak-kanak Teramai di
Malaysia. Lebih 1,200 orang peserta bawah 15 tahun daripada sekolah-sekolah
seluruh Malaysia telah meyertai pertandingan dan berpeluang berjumpa penggiat-
penggiat catur bertaraf antarabangsa dari pelbagai negara. Antara keunikan
semasa pertandingan ini adalah penyertaan oleh pelajar cacat penglihatan dan
penggunaan papan catur braille.
208 MALAYSIA
2017

