Page 215 - malaysia_2017
P. 215

PENGENALAN


              Kementerian  Dalam  Negeri  (KDN)  ditubuhkan  pada  18  Mac  2008  berikutan
              rombakan  Kabinet  selepas  Pilihan  Raya  Umum  ke-12.  Ia  merupakan  gabungan
              dua buah kementerian sebelumnya iaitu Kementerian Keselamatan Dalam Negri
              (KKDN) dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN).  Perkhidmatan teras
              KDN merangkumi pelaksanaan fungsi operasi dan perkhidmatan sokongan ehwal
              keselamatan dan kesejahteraan awam.

              Fungsi KDN dirumuskan kepada sembilan bidang utama, iaitu Keselamatan dan   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              Ketenteraman Awam, Hal Ehwal Pendaftaran, Hal Ehwal Imigresen dan Pekerja
              Asing,  Pengurusan  Pendaftaran  Pertubuhan,  Anti  Dadah,  Kawalan  Penerbitan
              dan Teks Al-quran, Kawalan Filem, Pengurusan Sukarelawan serta Pemulihan dan
              Pelaksanaan Hukuman Penjara.

              Dalam  mentadbir  urus  keselamatan  dan  ketenteraman  awam,  KDN  memberi
              penekanan  kepada  tiga  aspek  penting  iaitu  pencegahan,  penguatkuasaan  dan
              pemulihan.  Pelanggan  dan  kumpulan  sasar  KDN  meliputi  seluruh  kumpulan/
              lapisan masyarakat tempatan, bukan warganegara, sama ada yang mendapat taraf
              pemastautin tetap, pas atau permit untuk bekerja atau pelancong termasuklah
              Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Matlamat utama KDN ialah untuk memelihara
              dan  menjamin  keselamatan  dan  kesejahteraan  awam  melalui  pewujudan
              persekitaran yang selamat dan tenteram kepada rakyat.

              AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


              PENGIKTIRAfAN BINTANG AGENSI SEKTOR AwAM KDN
              Pada tahun 2016 , KDN telah menerima Sijil Pengiktirafan 5 Bintang daripada Unit
              Permodenan  Tadbiran  dan  Perancangan  Pengurusan  Malaysia  (MAMPU)  bagi
              Pengiktirafan Bintang Agensi Sektor Awam berdasarkan usaha dan pencapaian
              KDN serta kualiti perkhidmatan yang diberikan sepanjang tahun 2015-2016 . Antara
              agensi di bawah KDN yang turut menerima pengiktirafan yang sama adalah  Polis
              Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen
              Malaysia (JIM) .

























                                                            MALAYSIA 215
                                                                         2017
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220