Page 210 - malaysia_2017
P. 210

LABUAN GO GREEN
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                                          Seramai  800  keluarga  dari  27  buah  kampung
                                          di  Wilayah  Persekutuan  Labuan  menyertai
                                          Program Labuan Go Green sempena Sambutan
                                          Hari Wilayah Persekutuan 2017. Sebanyak 1,000
                                          benih  pokok kelapa matag dan kelapa pandan
                                          diagihkan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan
                                          kepada penduduk Kampung Lajau dan Kampung
                                          Bukit  Kuda  untuk  ditanam  di  perumahan
                                          masing-masing menerusi program ini. Usaha ini
                                          diharapkan dapat membantu penduduk Labuan
                                          menjana  pendapatan  hasil  daripada  komoditi
                                          pertanian  kelapa  seterusnya  menangani  kos
                                          sara hidup yang tinggi di Wilayah Persekutuan
                                          Labuan.

                                          fESTIVAL LIGhT AND MOTION
                                          PUTRAJAYA (LAMPU) 2016
                                          Persekitaran   Pusat   Pentadbiran   Kerajaan
                                          Persekutuan Putrajaya dilimpahi cahaya lampu
                                          berwarna-warni  sempena  Festival  Light  and
                                          Motion  Putrajaya  (LAMPU)  2016  di  Dataran
                                          Putrajaya,  Presint  3,  yang  bermula  malam
                                          30  Disember  2016  hingga  1  Januari  2017
                                          dari  jam  7.30  malam  hingga  12.30  tengah
                                          malam.  Festival  yang  kini  merupakan  tahun
                                          keempat  penganjurannya  turut  membabitkan
                                          sebahagian  besar  bangunan  kerajaan  di
                                          Persiaran  Perdana,  Kompleks  PPj  dan  Istana
                                          Kehakiman.  LAMPU  telah  menghidupkan  dan
                                          menyerikan  suasana  malam  di  Putrajaya  dan
            menarik  lebih  700,000  pengunjung  tempatan  dan  luar  negara.  Putrajaya  juga
            merupakan satu-satunya bandaraya di Malaysia yang menjadi anggota Lighting
            Urban Community International (LUCI) sejak 2002. Antara persembahan terbaharu
            adalah ‘LAMPU Skywave’ yang memaparkan teknologi seni penggerakkan bebola
            dan animasi bercahaya, pemetaan cahaya yang menghasilkan paparan seni bina
            bangunan  dalam  bentuk  3D  dan  Persembahan  ‘Fusion  Peperangan  Bintang’
            iaitu  persembahan  wayang  kulit  versi  Star  Wars.  Bagi  meraikan  detik  Ambang
            Tahun  Baharu  2017,  buat  julung  kalinya  pengunjung  berpeluang  menyaksikan
            pertunjukan bunga api digital selama enam minit di hadapan bangunan Istana
            Kehakiman.

                                          fESTIVAL KESENIAN DAN
                                          KEBUDAYAAN ISLAM ANTARABANGSA
                                          PUTRAJAYA (PIIACUf)
                                          PIIACUF  merupakan  sebuah  festival  yang
                                          telah  menempatkan  Putrajaya  sebagai  pusat
                                          kegemilangan  kesenian  dan  kebudayaan  Islam
                                          alaf  baharu.  PIIACUF  2016  telah  mendapat
                                          publisiti yang meluas dan telah dibanjiri ribuan



              210  MALAYSIA
                                2017
   205   206   207   208   209   210   211   212   213   214   215