Page 212 - malaysia_2017
P. 212
untuk penggunaan fasiliti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
dan Labuan. Rakan Dagang yang menyertai program Kad Ceria juga ditawarkan
diskaun yang menarik iaitu sebanyak lima hingga 20 peratus untuk memperbaharui
lesen premis perniagaan dan 50 peratus diskaun untuk memperbaharui lesen
penjaja di samping diskaun cukai pintu premis perniagaan sehingga 15 peratus.
Warga Wilayah Persekutuan boleh memohon dan mendapatkan Kad Ceria secara
percuma melalui Pusat Khidmat Masyarakat Wilayah Persekutuan di Parlimen
masing-masing. KWP berhasrat untuk terus menambah baik keistimewaan Kad
Ceria dengan kepelbagaian penggunaan dan memperluaskan penggunaan
e-wallet serta penyertaan rakan dagang. Layari https://kadceria.kwp.gov.my untuk
informasi terkini.
RUMAh wILAYAh PERSEKUTUAN (RUMAwIP)
RUMAWIP merupakan salah satu inisiatif KWP yang dilancarkan pada 8 April
2013 dalam menyediakan kediaman mampu milik sebanyak 80,000 unit di
Wilayah Persekutuan dalam tempoh lima tahun dengan pecahan pelaksanaan
sebanyak 55,000 di Kuala Lumpur, 20,000 di Putrajaya dan 5,000 di Labuan.
Program RUMAWIP ini bertujuan untuk membantu golongan yang berpendapatan
sederhana yang menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan dengan pendapatan
isi rumah tidak melebihi RM15,000 sebulan untuk memiliki kediaman sendiri.
Dalam hal ini, harga rumah di bawah Program RUMAWIP ini telah ditetapkan tidak
melebihi RM300,000.00 seunit. Perumahan yan dibina ini juga dipastikan lengkap
dengan kemudahan asas yang besesuaian dengan keperluan dan keselesaan
kediaman masa kini. Pelbagai insentif yang diberikan kepada pemaju yang terlibat
dengan pembangunan RUMAWIP ini seperti tempoh pemprosesan yang pantas,
pengecualian caj pembangunan mengikut peratusan komponen rumah mampu
milik, peningkatan kepadatan penduduk dan lain–lain lagi bagi membantu dan
menggalakkan penglibatan pemaju dalam menyediakan rumah mampu milik
ini. Setakat 2016, pencapaian pelaksanaan RUMAWIP telah mencapai sebanyak
45,123 unit.
212 MALAYSIA
2017

