Page 219 - malaysia_2017
P. 219

Persidangan ASEANAPOL kali ini berjaya melakar sejarah apabila 10 negara ahli
              menandatangani  Protokol  Penyelarasan  dan  Komunikasi  ASEANAPOL  untuk
              Pengurusan Krisis ‘ASEANAPOL Communication and Coordination Protocol for Crisis
              Management’.  Selain  itu,  kerjasama  forensik  melalui  Rangkaian  Sains  Forensik
              ASEANAPOL  di  antara  10  negara  anggota  turut  dimeterai  iaitu  Malaysia  dipilih
              sebagai tuan rumah bagi penganjuran mesyuarat pertamanya. Persidangan kali
              ini juga berjaya mendapatkan endorsement semua negara ahli untuk menerima
              pakai  lagu  ASEANAPOL  UNITY  sebagai  Lagu  Tema  ASEANAPOL.  Kerjasama  erat
              antara negara anggota ASEANAPOL akan terus dipertingkatkan demi memastikan
              rantau ini bebas dari sebarang ancaman merbahaya. Persidangan bertemakan A
              Greater Nexus For A Safer Community memberi fokus kepada usaha sama untuk   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              memerangi  penggubahan  wang  haram,  kemusnahan  alam  sekitar,  senjata  api
              haram serta eksploitasi manusia.

                                                       KEMBARA MEDIA KDN 2017
                                                       Pada 21 Mei 2017, seramai 84 orang
                                                       pengamal media membabitkan 21
                                                       kenderaan  menyertai  program
                                                       mencari harta karun “Kembara Media
                                                       KDN”  dari  KDN  ke  Kuala  Lumpur.
                                                       Program  ini    menjadi  platform
                                                       memperkenalkan  dasar,  fungsi
                                                       dan  peranan  kementerian  kepada
                                                       orang  ramai,  selain  mengeratkan
                                                       hubungan  dengan  pihak  media.
                                                       Sepanjang   perjalanan,   peserta
                                                       perlu  menjawab  soalan  mengenai
                                                       KDN  dan  perlu  merujuk  Laman
                                                       Web  KDN  dan  sebagainya  bagi
                                                       mendapatkan jawapan yang betul.
                                                       Ini sekali gus dapat meningkatkan
                                                       lebih   pengetahuan   mengenai
                                                       kementerian.
                                                       Program yang julung kali diadakan
                                                       itu melibatkan peserta dari pelbagai
                                                       organisasi   media    antaranya
                                                       Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
                                                       (Bernama), Radio Televisyen Malaysia
                                                       (RTM),  Bernama  News  Channel,
              Media Prima, Astro Awani, Malay Mail, The Sun, Sinar Harian, The Star, Utusan
              Malaysia dan Focus Malaysia. Acara penutup program dihadiri Timbalan Perdana
              Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertempat di Hotel Royal Chulan, Kuala
              Lumpur.













                                                            MALAYSIA 219
                                                                         2017
   214   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224