Page 222 - malaysia_2017
P. 222

Objektif  ASCAD  di  antaranya  adalah  untuk  mendedahkan  peserta  mengenai
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
            peningkatan  permintaan  terhadap  latihan  dan  pentauliahan  serta  pakar  dalam
            pengurangan  permintaan  dadah  terutamanya  dalam  bidang  pencegahan  dan
            rawatan.  Selain  itu,  ASCAD  juga  bertujuan  meningkatkan  kesedaran  dalam
            kalangan datuk-datuk bandar, wakil-wakil ASCAD dan pegawai-pegawai di pejabat
            negeri mengenai kepentingan amalan berdasarkan bukti (evidence-based practices)
            dalam menyampaikan perkhidmatan pengurangan permintaan terhadap dadah
            seterusnya meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta mengenai ancaman
            penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat.

            PROGRAM EVISA
            Dalam  usaha  meningkatkan  kualiti  pengurusan  visa,  pas  dan  permit,  Jabatan
            Imigresen  Malaysia  telah  memperkenalkan  Program  eVisa.  Program  eVISA  fasa
            pertama  telahpun  dilaksanakan  bermula  1  Mac  2016  yang  melibatkan  enam
            warganegara iaitu China, India, Myanmar, Nepal, Pakistan dan Bangladesh. Dasar
            semasa  hanya  membenarkan  warganegara  China  dan  India  untuk  memohon
            eVISA di seluruh dunia, manakala warganegara lain hanya boleh memohon eVISA
            di  negara  masing-masing.  Jumlah  keseluruhan  permohonan  eVISA  bermula
            Mac  sehingga  Disember  2016  telah  mencatatkan  sebanyak  258,794  jumlah
            permohonan. Akses kepada sistem boleh dicapai oleh individu atau melalui agen
            pelancongan melalui laman sesawang www.windowmalaysia.my/ ini.

            MY ONLINE PASSPORT
            Permohonan pembaharuan pasport secara online telah dilaksanakan berikutan
            saranan dan iltizam Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Sri Haji Mustafar Haji Ali bagi
            memudahkan urusan pembaharuan semula pasport. Kemudahan ini merupakan
            kemudahan yang amat diperlukan pada masa ini serta boleh menjimatkan masa
            MyONLINE*PASPORT dan merupakan   satu kaedah sebagai kemudahan kepada
            warganegara  Malaysia  membuat  permohonan  pembaharuan  Pasport  Malaysia
            secara  atas  talian  melalui  internet  Permohonan  atas  talian  boleh  membuat
            bayaran menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

                                               PROGRAM-PROGRAM PEMULIhAN
                                               DILUAR TEMBOK
                                               Program pemulihan diluar tembok penjara
                                               melalui  parol,  perintah  kehadiran  wajib,
                                               program pemulihan pemasyarakatan serta
                                               rumah  perantaraan  telah  menyumbang
                                               kepada  keberkesanan  pemulihan  dan
                                               pengintegrasian  serta  mampu  memberi
                                               kesan  terhadap  pengurangan  kadar
                                               jenayah. Malah program berkenaan turut
                                               membantu mengurangkan  kesesakkan di
            dalam penjara. Sehingga kini, keseluruhan program yang dilaksanakan di luar tembok
            penjara tersebut telah dilalui dengan jayanya oleh seramai 25,686 orang penghuni
            dan bekas penghuni di mana daripada jumlah tersebut hanya seramai 261 orang
            yang didapati kembali melakukan kesalahan dan kembali menjadi penghuni penjara.








              222  MALAYSIA
                                2017
   217   218   219   220   221   222   223   224   225   226   227