Page 217 - malaysia_2017
P. 217

PENCAPAIAN MALAYSIA DI DALAM US TIP RePoRT 2017

                                      Malaysia  telah  dinaikkan  ke  Tahap  2  (Tier  2)  dalam
                                      Laporan  Tahunan  mengenai  Pemerdagangan  Orang
                                      (US  TIP  Report)  Tahun  2017.  Kedudukan  ini  adalah
                                      pencapaian  terbaik  negara  sejak  tahun  2007  iaitu
                                      setelah negara mempunyai perundangan yang khusus
                                      mengenai  pemerdagangan  orang.  Laporan  ini  telah
                                      dikeluarkan  oleh  Jabatan  Negara  Amerika  Syarikat
                                      (JNAS) pada 27 Jun 2017 melibatkan penilaian terhadap   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                                      187  buah  negara  mengenai  usaha  membanteras
                                      jenayah   pemerdagangan    orang   melalui   tiga
                                      komponen  utama  iaitu  pendakwaan,  perlindungan
                                      dan pencegahan. Pencapaian ini juga merupakan hasil
              komitmen padu yang ditunjukkan oleh ahli Majlis Antipemerdagangan Orang dan
              Antipenyeludupan Migran (MAPO).



              MAJLIS PELANCARAN TALIAN KhAS ANTIPEMERDAGANGAN
              ORANG & ANTIPENYELUDUPAN MIGRAN MAPO DI BAwAh 1
              MALAYSIA ONE CALL CENTRE (1MOCC)

















              Majlis  Antipemerdagangan  Orang  dan  Antipenyeludupan  Migran  (MAPO)  telah
              melancarkan Talian Antipemerdagangan Orang 03-8000 8000 di bawah 1 Malaysia
              One Call Centre (1MOCC). Talian ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Alwi bin
              Hj.  Ibrahim,  Ketua  Setiausaha  Kementerian  Dalam  Negeri  yang  juga  Pengerusi
              MAPO  pada  30  Julai  2017.    Dengan  memperkenalkan  talian  khusus  ini,  orang
              awam adalah disarankan untuk berkongsi maklumat dan laporan dengan pihak
              berkuasa sekiranya terdapat sebarang kegiatan atau aktiviti yang mencurigakan
              yang melibatkan jenayah pemerdagangan orang di Malaysia.
















                                                            MALAYSIA 217
                                                                         2017
   212   213   214   215   216   217   218   219   220   221   222