Page 220 - malaysia_2017
P. 220

RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN























            hARI TERBUKA KDN 2017
            Penganjuran  Program  Hari  Terbuka
            KDN  bersama  Semua  Warga  KDN
            serta jabatan / agensi di bawahnya ini
            merupakan  salah  satu  platform  bagi
            kementerian  untuk  mendekati  rakyat
            bertepatan  dengan  hala  tuju  semasa
            perkhidmatan  awam.  Program  selama
            dua  hari  yang  bermula  25  Mac  2017
            itu  dirasmikan  oleh  Timbalan  Perdana
            Menteri  yang  juga  Menteri  Dalam
            Negeri,  Dato’  Seri  Dr.  Ahmad  Zahid
            Hamidi.  Sebanyak  21  ruang  pameran
            atau  booth  yang  dikendalikan  10  jabatan  di  bawah  Kementerian  Dalam  Negeri
            (KDN) disediakan pada program Hari Terbuka KDN di Kompleks KDN, Ayer Keroh,
            Melaka.

            Tujuan  penganjuran  Hari  Terbuka  KDN  ini  adalah  untuk  mewujudkan  jaringan
            hubungan baik KDN dengan masyarakat melalui  komunikasi dua hala antara KDN
            dan rakyat. Dengan adanya jaringan komunikasi ini, KDN dengan mudah dapat
            memberi penjelasan terhadap apa jua isu yang melibatkan keselamatan negara.
            Selain  itu,  ia  membolehkan  KDN  Menerima  aduan  secara  langsung  daripada
            rakyat melalui kaunter aduan yang disediakan dan meningkatkan semangat esprit
            de corp di kalangan warga KDN.















              220  MALAYSIA
                                2017
   215   216   217   218   219   220   221   222   223   224   225