Page 22 - malaysia_2017
P. 22

ACARA PERINGKAT NASIONAL
         PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA

            SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SPB YANG DI-PERTUAN AGONG
            XIV DAN SPB RAJA PERMAISURI AGONG BERSAMA RAKYAT JELATA
            Sambutan Hari Raya Aidilfitri Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan
            Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama rakyat jelata biasanya akan
            dianjurkan sekali sepanjang tempoh lima  tahun pemerintahan. Dalam hubungan
            ini, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja
            Permaisuri  Agong  telah  berkenan  untuk  menyambut  Hari  Raya  Aidilfitri  pada
            tahun kelima  yang merupakan tahun terakhir tempoh pemerintahan Seri Paduka
            Baginda Tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 pada tarikh 6 Julai
            2016.
































            Umumnya,  sambutan  tersebut  akan  dianjurkan  bersekali  dengan  tiga    acara
            utama seperti turutan berikut:

            i)   Majlis Menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri
                Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong oleh YAB Perdana Menteri dan Ahli
                Jemaah Menteri pada Hari Pertama Hari Raya Aidilfitri

            ii)  Solat Sunat Aidilfitri

            iii)  Majlis Ramah Mesra Seri Paduka Baginda  Yang di-Pertuan  Agong  XIV dan
                Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bersama Dif-Dif Kenamaan dan
                Rakyat Jelata








               22  MALAYSIA
                                2017
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27