Page 25 - malaysia_2017
P. 25

MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA
              Semua Raja dan Yang di-Pertua Negeri secara automatik menjadi Anggota Majlis
              Raja-Raja. Kehadiran  adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab  yang  tidak  dapat
              dielakkan, seseorang anggota tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil
              hendaklah dilantik oleh Anggota itu mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/
              Tubuh bagi sesuatu Negeri.

              Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Anggota Majlis Raja-Raja
              bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan
              Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan
              membincangkan mengenai keistimewaan Raja-Raja.                              PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
              Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Anggota Majlis Raja-Raja.
              Baginda berangkat sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh YAB Perdana
              Menteri sebagai penasihat Baginda.


               Bil   Mesyuarat-      Tarikh       Tempat      Raja Yang Mempengerusi
                     mesyuarat
                                                                    Mesyuarat
               1.  Majlis Raja-Raja   12-13 Oktober   Istana Negara,   SULTAN JOHOR
                   Yang ke-242    2016         Jalan Duta,
                                               Kuala Lumpur  Duli Yang Maha Mulia Sultan
                                                             Ibrahim Ibni Almarhum Sultan
                                                             Iskandar
               2.  Majlis Raja-Raja   14 Oktober   Istana Negara,   RAJA PERLIS
                   Yang ke-243    2016         Jalan Duta,
                   (Khas)                      Kuala Lumpur  Duli Yang Maha Mulia Tuanku
                                                             Syed Sirajuddin Ibni Almarhum
                                                             Tuanku Syed Putra Jamalullail
               3.  Majlis Raja-Raja   13 Disember   Istana Negara,   SULTAN SELANGOR
                   Yang ke-244    2016         Jalan Duta,
                   (Khas)                      Kuala Lumpur  Duli Yang Maha Mulia Sultan
                                                             Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni
                                                             Almarhum Sultan Salahuddin
                                                             Abdul Aziz Shah Alhaj
               4.  Majlis Raja-Raja   22-23 Februari   Istana Negara,   PADUKA SERI SULTAN PERAK
                   Yang ke-245    2017         Jalan Duta,   DARUL RIDZUAN
                                               Kuala Lumpur
                                                             Duli Yang Maha Mulia Paduka
                                                             Seri Sultan Nazrin Muizzuddin
                                                             Shah Ibni Almarhum Sultan
                                                             Azlan Muhibbuddin Shah Al-
                                                             Maghfur-lah
               5.  Majlis Raja-Raja   24-25 Mei 2017 Istana Negara,   RAJA PERLIS
                   Yang ke-246                 Jalan Duta,
                                               Kuala Lumpur  Duli Yang Maha Mulia Tuanku
                                                             Syed Sirajuddin Ibni Almarhum
                                                             Tuanku Syed Putra Jamalullail
               6.  Majlis Raja-Raja   11-12 Oktober   Istana Negara,   SULTAN SELANGOR
                   Yang ke-247    2017         Jalan Duta,
                                               Kuala Lumpur  Duli Yang Maha Mulia Sultan
                                                             Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni
                                                             Almarhum Sultan Salahuddin
                                                             Abdul Aziz Shah Alhaj





                                                            MALAYSIA 25
                                                                         2017
   20   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30