Page 24 - malaysia_2017
P. 24
PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
ISTIADAT SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2016
Istiadat Sambutan Hari Pahlawan yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong XIV dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri telah
diadakan pada 31 Julai 2016 Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya. Perbarisan
Hari Pahlawan 2016 ini terdiri daripada 28 pegawai dan 785 anggota lain-lain
pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia, Persatuan
Veteran ATM serta Persatuan Veteran Polis Diraja Malaysia dan diketuai Pegawai
Memerintah Batalion Pertama RAMD, Lt Kol Mohd Radzi Othman. Sejak 1968,
acara ini dianjurkan secara bergilir antara ATM dan PDRM dan tahun ini ATM
menjadi penganjur. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong telah berangkat ke
Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat pada 29 Julai 2016 dan Khutbah
Khas dan Solat Jumaat pada 28 Julai 2016 di Masjid Negara.
24 MALAYSIA
2017

