Page 27 - malaysia_2017
P. 27

MAJLIS     TILAWAH       AL-QURAN        PERINGKAT       KEBANGSAAN
              1438H/2017M
              Majlis  Tilawah  dan  Menghafaz  Al  Quran  Peringkat  Kebangsaan  2017  telah
              berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Sepanjang 7 hari sempena
              penganjuran ini, seramai 106 peserta dari 14 buah negeri membabitkan 28 qari
              dan qariah untuk kategori Tilawah yang terdiri daripada 2 orang wakil bagi setiap
              negeri iaitu seorang qari dan seorang qariah. Manakala 78 hafiz dan hafizah adalah
              peserta dari kategori Hafazan iaitu 42 orang peserta hafiz dan 36 orang peserta
              hafizah.  Edisi  kali  ini  diadakan  secara  serentak  dengan  menggabungkan  acara
              Tilawah pada sebelah malam dan majlis Hafazan pula berlangsung  di sebelah   PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
              siang.

              Majlis bertemakan “Ukhuwah  Islamiah Asas Penyatuan Ummah” ini telah
              dirasmikan  oleh  YAB  Dato’  Seri  Dr. Ahmad  Zahid  Hamidi,  Timbalan  Perdana
              Menteri pada 3 April 2017. Manakala majlis perasmian penutup dan penyampaian
              hadiah  pula  telah  disempurnakan  oleh  TYT Tun  Datuk  Seri  Utama Mohd  Khalil
              Yaakob; Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 8 April 2017.

              Kategori Tilawah Al-Quran


                        QARI                           QARIAH
                        WAN  FAKHRUL RAZI BIN WAN      NORMALINA BINTI ALIAS
               JOHAN    MOHAMAD
                        (Wilayah Persekutuan)          (Negeri Sembilan)

               KEDUA    HAJI AZRAIE BIN DATO’ ABD HAK  NOR RUZANA NATIAH BINTI JAAFAR
                        (Melaka)                       (Selangor)
                        MUHAMMAD  QAYYIM NIZAR BIN
               KETIGA   SARIMI                         MUNIRAH BINTI KASIM
                        (Kelantan)                     (Kelantan)

              JOHAN KESELURUHAN KATEGORI TILAWAH: NEGERI KELANTAN
              Kategori Menghafaz Al-Quran 1-30 Juzuk Beserta Tafsir


                        QARI                           QARIAH
                        MUHAMMAD SYAZANI BIN JEMY  NUR AMALINA BINTI AZHARUDDIN
               JOHAN
                        (Johor)                        (Melaka)
                        MUHAMMAD      ABDULLAH    BIN  PUTRI AMINAH BINTI MOHD HANIF
               KEDUA    AZIDIN                         ANUAR (Kelantan)
                        (Melaka)
                        MOHAMED  AZIM BIN MOHAMED  RADHIAH BINTI AB RAHMAN
               KETIGA
                        IBRAHIM (Pulau Pinang)         (Terengganu)
              JOHAN KESELURUHAN KATEGORI MENGHAFAZ: NEGERI MELAKA










                                                            MALAYSIA 27
                                                                         2017
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32