Page 234 - malaysia_2017
P. 234

PENGENALAN
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

            Persediaan asas untuk menubuhkan Kementerian Luar Negeri Malaysia bermula
            sejak tahun 1956 lagi. Untuk menguruskan kementerian ini yang pada mulanya
            dikenali  sebagai  Kementerian  Hal  Ehwal  Luar  (MEA),  sekumpulan  11  orang
            diplomat perintis dihantar ke Britain dan Australia untuk mendapatkan latihan.
            Pada tahun 1966, nama kementerian ini diubah menjadi Kementerian Luar Negeri
            dan ia berpindah dari Bangunan Sultan Abdul Samad ke kompleks barunya yang
            dikenali  sebagai  Wisma  Putra  yang  terletak  di  Bukit  Petaling,  Kuala  Lumpur.
            Sejak itu, Kementerian Luar Negeri juga dikenali sebagai WISMA PUTRA. Pada 17
            September 2001, Kementerian Luar Negeri memulakan operasi di kompleksnya di
            No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, Putrajaya.

            Perwakilan Diplomatik Malaysia yang pertama ditubuhkan di London, Washington,
            Canberra,  New  York,  New  Delhi,  Jakarta  dan  Bangkok.  Menjelang  tahun  1963,
            Malaysia telah menubuhkan 14 Perwakilan Diplomatik di luar negeri. Bilangan ini
            semakin bertambah sehingga mencapai angka 21 pada tahun 1966. Pada hari ini,
            Malaysia mempunyai 111 Perwakilan Diplomatik dan satu pejabat persahabatan
            dan perdagangan di serata dunia, satu bukti membanggakan yang menunjukkan
            sejauh  mana  berkembangnya  kementerian  dalam  beberapa  tahun  tersebut,
            sejajar dengan kemajuan Malaysia. Penubuhan Perwakilan Diplomatik ini menjadi
            pelengkap kepada tugas kementerian dan peluasan bagi Kementerian Luar Negeri
            Malaysia di luar negeri.
            Kementerian Luar Negeri atau dikenali sebagai Wisma Putra merupakan penggerak
            diplomasi dan hubungan antarabangsa Malaysia. Sebagai kementerian utama yang
            melaksanakan  dasar  luar  negara,  Kementerian  Luar  Negeri  bertanggungjawab
            mempertahan  dan  memperjuangkan  keutuhan,  kedaulatan,  dan  kepentingan
            negara  melalui  amalan  diplomasi  yang  selaras  dengan  ketetapan  undang-
            undang  antarabangsa.  Selain  daripada  itu,  kementerian  ini  turut  menyediakan
            perkhidmatan  yang  berkesan  dan  berkualiti  kepada  pemegang  taruh  dan
            pelanggan kementerian, termasuk melalui rangkaian Perwakilan Diplomatik di 85
            negara serata dunia.

            Dalam melaksana dasar luar negara dan menjamin keselamatan dan kepentingan
            Malaysia di persada dunia, usaha memupuk hubungan dua hala yang baik antara
            Malaysia dan negara-negara lain diteruskan. Seiring dengan isu-isu serantau dan
            antarabangsa yang semakin kompleks dan merentas sempadan, usaha melalui
            kerjasama ASEAN diberi keutamaan sebagai pemangkin dialog serantau.

            Melalui  diplomasi  proaktif  kementerian  ini  giat  bekerjasama  secara  kolektif
            dengan negara-negara lain dalam menangani isu-isu bersifat global dan merentas
            sempadan  yang  turut  mempengaruhi  keadaan  politik,  ekonomi  dan  sosial
            negara. Pada masa yang sama, peranan aktif dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa
            Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pergerakan Negara-Negara
            Berkecuali (NAM) dan Komanwel adalah penting bagi mewujudkan persekitaran
            yang kondusif demi pembangunan nasional.

            Peranan  kementerian  dalam  mencapai  matlamat  dasar  luar  negara  telah
            membawa kepada pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara ahli komuniti
            antarabangsa  yang  bertanggungjawab  dan  rakan  kerjasama  yang  berkaliber


              234  MALAYSIA
                                2017
   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239