Page 294 - malaysia_2017
P. 294

PENGENALAN
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

            Kementerian  Sumber  Asli  dan  Alam  Sekitar  (NRE)  ditubuhkan  berikutan
            pembentukan  Kabinet  pada  27  Mac  2004.    NRE  adalah  hasil  penggabungan
            jabatan-jabatan  daripada  empat  kementerian  iaitu  Kementerian  Tanah  dan
            Pembangunan  Koperasi,  Kementerian  Sains,  Teknologi  dan  Alam  Sekitar,
            Kementerian Perusahaan Utama dan Kementerian Pertanian.

            AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


                                                MAJLIS PERASMIAN
                                                SUSTAINABILITY AND
                                                ENVIRONMENTAL MANAGEMENT
                                                CONfERENCE AND EXhIBITION
 Institut Keluli                                (SEM) 2016
 Malaysia (MSI)                                 YB  Datuk  Seri  Dr.  Haji  Wan  Junaidi  bin
                                                Tuanku  Jaafar,  Menteri  Sumber  Asli
                                                dan  Alam  Sekitar  telah  merasmikan
                                                Sustainability   and   Environmental
                                                Management  Conference  and  Exhibition
            (SEM)  2016  di  Hotel  Sunway  Putra.  Juga  hadir  bersama  di  persidangan  ini
            yang  dikendalikan  oleh  ENSEARCH  ialah  YBhg.  Dato’  Sri  Azizan  Ahmad,  Ketua
            Setiausaha,  Kementerian  Sumber  Asli  dan  Alam  Sekitar.  Malaysia  telah
            menyerahkan BUR pertamanya kepada UNFCCC pada Disember 2015, dan Third
            National  Communication  (TNC)  dan  BUR  ke2  akan  diserahkan  kepada  UNFCCC
            pada Disember 2017. Sepertimana yang dilaporkan di BUR pertama, Gas Rumah
            Hijau Malaysia atau inventori GHG untuk tahun 2011 menunjukkan keluaran dan
            pelepasan  antropogenik  dari  lima  sektor,  iaitu  tenaga;  proses-proses  industri;
            pertanian;  guna  tanah,  perubahan  guna  tanah  dan  perhutanan;  dan  bahan
            buangan, mengakibatkan jumlah bersih pelepasan sebanyak 27.28 juta tan CO2.
            Sektor tenaga merupakan penyumbang terbesar kepada pelepasan GHG pada 76
            peratus, diikuti oleh sektor bahan buangan pada 12 peratus.

                                                SAMBUTAN hARI OZON
                                                ANTARABANGSA TAhUN 2016
                                                YB  Datuk  Seri  Dr.  Haji  Wan  Junaidi  bin
                                                Tuanku  Jaafar,  Menteri  Sumber  Asli  dan
                                                Alam  Sekitar  telah  menyempurnakan
                                                Majlis Sambutan Hari Ozon Antarabangsa
                                                bertempat  di  Hotel  Grand  Dorsett,
                                                Subang Jaya, Selangor pada hari Khamis
                                                bersamaan  29  September  2016.  Tema
                                                sambutan pada tahun 2016 adalah Ozone
                                                and  Climate:Restored  by  a  world  united
            yang disokong oleh slogan Working towards reducing Global Warming HFCs under
            the  Montreal  Protocol.  Tema  dan  slogan  pada  tahun  ini  mencerminkan  usaha
            kolektif semua negara parti kepada Konvensyen Vienna dan Protokol Montreal
            dalam memulihara lapisan ozon selama tiga dekad dan menyelamatkan bumi dari
            kesan perubahan iklim.



              294  MALAYSIA
                                2017
   289   290   291   292   293   294   295   296   297   298   299