Page 289 - malaysia_2017
P. 289
PENGENALAN
Visi Kementerian Kesihatan Malaysia ialah mewujudkan penglibatan dan
penyertaan masyarakat bagi merangsang serta memudahkan rakyat untuk
mencapai sepenuhnya kemampuan mereka dalam kesihatan, menghargai
kesihatan sebagai aset yang bernilai dan mengambil sikap positif bagi
meningkatkan lagi serta mengekalkan status kesihatan untuk menikmati kualiti
hidup yang lebih bermutu.
AKTIVITI DAN PENCAPAIAN RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
PELAN TINDAKAN PEMAKANAN BERSEPADU
Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (National Plan
of Action for Nutrition of Malaysia, NPANM) III, 2016-2025 dan Nutrition Research
Priorities (NRP) in Malaysia for 11 Malaysia Plan (2016-2020) telah dirasmikan oleh
th
YB Datuk Seri Dr. S.Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia pada 29 November
2016. NPANM III, 2016-2025 adalah pelan tindakan pemakanan bersepadu yang
menggunakan pendekatan trans dan multi-sektoral untuk mencapai kesejahteraan
pemakanan yang optimum dalam kalangan rakyat Malaysia.
Perasmian National Plan of Action for Nutrition of Malaysia 2016 (NPANM III) oleh YB Datuk Seri Dr. S.
Subramaniam di Putrajaya pada 29 November 2016
MALAYSIA 289
2017

