Page 290 - malaysia_2017
P. 290
KARNIVAL PEMAKANAN SIhAT
RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Karnival Pemakanan Sihat di bawah program Logo Pilihan Lebih Sihat atau
Healthier Choice Logo (HCL) sempena Karnival Pemakanan Sihat telah dirasmikan
oleh YB Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
pada 20 April 2017. Objektif utama pelaksanaan HCL adalah untuk memudahkan
pengguna membuat pilihan yang lebih bijak melalui penggunaan Logo Pilihan
Lebih Sihat pada label hadapan bungkusan produk (front-of-pack labeling) sekali
gus memberi kesedaran kepada rakyat tentang pentingnya mengamalkan makan
secara sihat.
YB Dato’ Seri Dr. Hilmi dalam memperkenalkan Logo Pilihan lebih Sihat
SAMBUTAN MINGGU IMUNISASI SEDUNIA 2016
Majlis Minggu Imunisasi telah diadakan pada 24 April 2016 di Kompleks E,
Putrajaya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong Tuanku Hajah Haminah dan tema bagi tahun 2016 ini adalah “Lindungi
Anak Kita, Lindungi Dunia Mereka, Dapatkan Imunisasi.” Program ini menggesa
masyarakat untuk bertindak bijak dengan memastikan bayi dan kanak-kanak
mendapat imunisasi bagi memastikan kehidupan yang sihat dan sejahtera di
masa hadapan.
Majlis Imunisasi Sedunia yang dilancarkan oleh Seri Paduka Baginda Raja Pemaisuri Agong Tuanku
Hajah Haminah pada 24 April 2016 di Putrajaya
290 MALAYSIA
2017

