Page 291 - malaysia_2017
P. 291
KEMPEN PINGGAN SIhAT: SUKU-SUKU SEPARUh
Kementerian Kesihatan melancarkan Kempen Makan Buah dan Sayur sempena
MAHA 2016 dalam usaha menerapkan amalan pengambilan buah-buahan dan
sayur-sayuran setiap hari. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, negara kita
sedang berhadapan dengan masalah kesihatan yang disebabkan oleh gaya
hidup tidak sihat dan kebanyakan penyakit berpunca daripada sel yang berfungsi
tidak sempurna disebabkan kekurangan nutrisi seperti vitamin dan mineral.
Kempen ini bertujuan untuk mendidik orang ramai berkenaan formula Suku-
Suku Separuh dengan konsep pinggan sihat yang merupakan suku daripada
makanan diisi dengan bijirin seperti nasi, suku lagi diisi dengan protein seperti RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
daging dan separuh lagi diisi dengan buah dan sayur. Kementerian Kesihatan
Malaysia melancarkan lagu rasmi untuk kempen pinggan sihat bertajuk “Suku-
Suku Separuh” yang menerangkan pengambilan makanan sihat.
YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam bersama Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato’ Seri Dr. Hilmi dan
Dato’ Sri Ahmad Shabery Chik di majlis perasmian Kempen Pinggan Sihat: Suku-Suku Separuh
MALAYSIA 291
2017

