Page 295 - malaysia_2017
P. 295

MAJLIS PECAh TANAh
                                                        PROJEK PEMBANGUNAN
                                                        LEMBANGAN SUNGAI
                                                        BERSEPADU SUNGAI
                                                        MOYOG, SABAh
                                                        Majlis   Pecah   Tanah   Projek
                                                        Pembangunan Lembangan Sungai
                                                        Bersepadu  Sungai  Moyog,  Sabah
                                                        diadakan  pada  27  Februari  2017
                                                        dan  disempurnakan  oleh  YAB     RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
                                                        Datuk  Seri  Panglima  Musa  Haji
                                                        Aman,  Ketua  Menteri  Sabah  di
                                                        Tebing  Sungai  Putatan,  Sabah.
              Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai
              Moyog, Sabah ini diadakan untuk satu majlis simbolik yang menandakan permulaan
              kerja-kerja pembinaan bagi Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu
              Sungai Moyog, Sabah di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) dengan kos
              yang diluluskan sebanyak RM281 juta untuk dilaksanakan secara berpakej.



                                                        MAJLIS PERASMIAN
                                                        SAMBUTAN hARI AIR
                                                        SEDUNIA 2017
                                                        Majlis  perasmian  Sambutan  Hari
                                                        Air  Sedunia  2017  diadakan  pada
                                                        25 Mac 2017 dan disempurnakan
                                                        oleh  YAB.  Dato’  Seri  Dr.  Ahmad
                                                        Zahid  bin  Hamidi,  Timbalan
                                                        Perdana  Menteri  di  Dataran
                                                        Seri  Kemang,  Teluk  Kemang,
                                                        Port  Dickson,  Negeri  Sembilan.
                                                        Majlis  perasmian  Sambutan  Hari
                                                        Air  Sedunia  2017  ini  diadakan
              untuk  meningkatkan  kesedaran  dan  membaharui  tekad  semua  lapisan  rakyat
              di  dunia  menangani  isu-isu  berkaitan  air.  Sambutan  Hari  Air  Sedunia  ini  juga
              adalah bagi memenuhi sasaran “Matlamat Pembangunan Mampan” (Sustainable
              Development  Goals)  yang  dilancarkan  pada  2015,  iaitu  bagi  memastikan  setiap
              individu  mempunyai  akses  kepada  air  bersih  pada  tahun  2030,  menjadikan  air
              sebagai isu utama dalam usaha untuk membasmi kemiskinan tegar. Di samping
              itu, sambutan ini turut memenuhi Agenda 21 dalam Persidangan Alam Sekitar dan
              Pembangunan  (UNCED)  pada  1992  mengenai  Alam  Sekitar  dan  Pembangunan
              Mampan  Pertubuhan  Bangsa-Bangsa  Bersatu.  Antara  agenda  tersebut  adalah
              “kawalan  kualiti  air  dan  sumber  bekalan  air  bersih  memerlukan  tindakan
              bersepadu dalam pembangunan, pengurusan dan penggunaan air”.











                                                            MALAYSIA 295
                                                                         2017
   290   291   292   293   294   295   296   297   298   299   300