Page 300 - malaysia_2017
P. 300

PENGENALAN
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

            Sejarah  penubuhan  KPKT  bermula  pada  24  Mei  1964  yang  mana  pada  ketika
            itu  KPKT  dikenali  sebagai  Kementerian  Kerajaan  Tempatan  dan  Perumahan.
            Pada tahun 1971 sehingga 1978, fungsi utama Kementerian Kerajaan Tempatan
            dan  Perumahan  telah  dipecahkan  kepada  dua,  iaitu  fungsi  perumahan  di
            bawah  Kementerian  Perumahan  dan  Kemajuan  Perkampungan  dan  fungsi
            Kerajaan  Tempatan  di  bawah  Kementerian  Kerajaan  Tempatan  dan  Wilayah
            Persekutuan.  Pada  18  Julai  1978,  fungsi  perumahan  dan  kerajaan  tempatan
            telah  digabungkan  semula  melalui  penubuhan  Kementerian  Perumahan  dan
            Kerajaan Tempatan. Ekoran daripada penyusunan semula beberapa Kementerian
            selepas Pilihanraya Umum ke-13, KPKT telah disusun semula dan dikenali sebagai
            Kementerian  Kesejahteraan  Bandar,  Perumahan  dan  Kerajaan  Tempatan.
            KPKT  bertanggungjawab  ke  atas  pelbagai  aspek  kehidupan  rakyat  antaranya
            berkaitan  perumahan,  kesejahteraan  bandar,  kerajaan  tempatan,  kebombaan
            dan penyelamatan, perancangan bandar dan desa, pengurusan sisa pepejal dan
            pembersihan awam, dan pembangunan landskap.

            AKTIVITI DAN PENCAPAIAN


            PELANTIKAN YB TAN SRI NOh BIN hAJI OMAR SEBAGAI MENTERI
            KESEJAhTERAAN BANDAR, PERUMAhAN DAN KERAJAAN
            TEMPATAN YANG BAhARU
            Berikutan rombakan Kabinet yang diumumkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin
            Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia) pada 27 Jun 2016, YB Tan Sri Noh
            bin Haji Omar telah dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan
            dan  Kerajaan  Tempatan  yang  baharu  menggantikan  YB  Datuk  Abdul  Rahman
            bin Dahlan berkuat kuasa pada 30 Julai 2016.  Pada yang sama, YB Datuk Abdul
            Rahman  bin  Dahlan  dilantik  sebagai  Menteri  di  Jabatan  Perdana  Menteri  yang
            bertanggungjawab ke atas Unit Perancang Ekonomi.

            Majlis  Serah  Terima  Tugas  YB  Menteri  telah  berlangsung  pada  29  Jun  2016
            bertempat di Dewan Kristal, KPKT.
            YB Tan Sri Noh bin Haji Omar mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta
            sumpah  simpan  rahsia  selaku  Menteri  Kesejahteraan  Bandar,  Perumahan  dan
            Kerajaan  Tempatan  di  hadapan  Yang  di-Pertuan  Agong  Tuanku  Alhaj  Abdul
            Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 30 Jun 2016 di Bilik
            Singgahsana Kecil, Istana Negara.

            PEMBANGUNAN PELAN INDUK KESEJAhTERAAN RAKYAT BANDAR
            Bagi  merealisasikan  hasrat  kerajaan  untuk  mensejahterakan  rakyat  bandar,
            YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
            Kerajaan Tempatan) telah mencetuskan idea untuk membangunkan Pelan Induk
            Kesejahteraan Rakyat Bandar (PIKRB).

            Pelan  induk  ini  merupakan  satu  perancangan  strategi  yang  holistik  dan
            komprehensif  untuk  kesejahteraan  rakyat  bandar  selaras  dengan  tonggak
            transformasi negara ke arah pencapaian matlamat menjadikan negara maju dan
            berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.


              300  MALAYSIA
                                2017
   295   296   297   298   299   300   301   302   303   304   305