Page 301 - malaysia_2017
P. 301

Pelan  ini  akan  menjadi  blueprint  kesejahteraan  rakyat  bandar  dan  panduan   RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
              dalam perancangan dan pelaksanaan oleh semua agensi kerajaan dan pihak yang
              terlibat dengan pembangunan dan perkhidmatan bandar pada peringkat nasional
              dan  tempatan.  PIKRB  yang  sedang  dalam  proses  akhir  pembangunannya  ini
              dijangkakan akan dilancarkan pada tahun 2017 oleh YAB Perdana Menteri. Pelan
              ini akan diguna pakai bagi tempoh lima tahun iaitu mulai tahun 2017 hingga 2022.

              KPKT telah mengadakan bengkel, townhall dan mesyuarat wakil pelbagai agensi
              kerajaan, exco kerajaan negeri, pemimpin tempatan, datuk bandar / yang dipertua
              pihak berkuasa tempatan (PBT), Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP), Majlis
              Perwakilan  Pelajar  (MPP),  badan  pengurusan  bersama  (JMB),  wakil  pertubuhan
              bukan kerajaan (NGO) dan media bagi mendapatkan pandangan, cadangan serta
              input dalam membangunkan PIKRB. Antara bengkel, townhall dan mesyuarat yang
              telah diadakan ialah:
                  i.   Bengkel  Perancangan  Strategik  PIKRB  telah  diadakan  pada  5  hingga  7
                     September  2016  bertempat  di  Institut  Latihan  Kesejahteraan  Bandar,
                     Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT), Bukit Tinggi, Pahang.
                  ii.  Sesi  Townhall  Pelan  Induk  Kesejahteraan  Rakyat  Bandar:  Aspirasi  TSNo.
                     dan Bengkel PIKRB pada 6 Oktober 2016 bertempat di Pusat Persidangan
                     Antarabangsa Putrajaya (PICC)
                  iii.  Mesyuarat  Pelan  Induk  Kesejahteraan  Rakyat  Bandar  bersama  Exco
                     Kerajaan  Negeri  pada  3  hingga  6  November  2016  bertempat  di  Resort
                     World, Langkawi, Kedah.

              KARNIVAL KPKT 2016
              Karnival KPKT 2016 yang bertemakan “Bandar Mampan, Komuniti Sejahtera” telah
              berlangsung pada 3 dan 4 Disember 2016, bertempat di Dataran Merdeka, Kuala
              Lumpur.  Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Noh bin Haji Omar (Menteri
              Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

              Karnival  yang  julung  kali  dianjurkan  oleh  KPKT  ini  diadakan  bagi  meraikan
              gabungan empat sambutan rasmi tahunan KPKT, iaitu:
                •   Sambutan Hari Habitat Sedunia;
                •   Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia;
                •   Sambutan Hari Kitar Semula Kebangsaan; dan
                •   Sambutan Hari Tandas Sedunia.




                                                            MALAYSIA 301
                                                                         2017
   296   297   298   299   300   301   302   303   304   305   306