Page 305 - malaysia_2017
P. 305
hARI LANDSKAP NEGARA 2017
Taman Tasik Kamunting, Perak telah menjadi tuan rumah bagi Sambutan Hari
Landskap Negara 2017 Peringkat Kebangsaan yang berlangsung dari 31 Mac
hingga 2 April 2017 dengan tema “Gerakan Rakan Taman untuk Kesejahteraan
Penduduk Bandar”. Majlis perasmian Hari Landskap Negara 2017 Peringkat
Kebangsaan ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin
Abdul Kadir (Menteri Besar Perak) dan disambut oleh lebih daripada 100 Rakan
Taman secara serentak di seluruh negara dengan penglibatan kira-kira 10,000
orang peserta.
Antara aktiviti yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Landskap RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
Negara 2017 ialah:
• Gotong-royong oleh 100 Rakan Taman dengan penglibatan kira-kira 10,000
orang peserta di seluruh negara;
• Perkongsian pengalaman Rakan Taman;
• Bengkel awam;
• Ceramah agama;
• Penanaman pokok;
• Pertandingan mewarna, melukis dan ukiran;
• Sukan rakyat dan senamrobik;
• Pertandingan melukis mural dan reka bentuk landskap;
• Persembahan kebudayaan dan pemuzik jalanan;
• Pemeriksaan kesihatan; dan
• Pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan jualan produk.
PROGRAM RAKAN TAMAN
Program Rakan Taman dilaksanakan untuk memupuk semangat kesukarelawan
dalam kalangan masyarakat bagi memelihara, menyelenggara dan mengawasi
taman awam, taman kejiranan dan kawasan hijau yang digunakan oleh orang
awam untuk rekreasi.
Melalui Rakan Taman, komuniti dapat bersama-sama membantu pihak berkuasa
tempatan (PBT) untuk menjaga kebersihan dan keindahan kawasan kejiranan.
Komuniti digalakkan bergotong-royong menyelenggara landskap lembut dan
landskap kejur, menanam pokok, mengadakan aktiviti kebun komuniti dan
bersama-sama berkongsi idea bagi memperindahkan landskap sedia ada dan
meningkatkan keceriaan kawasan sekitar.
Komuniti juga digalakkan mengadakan aktiviti rekreasi seperti senamrobik
dan sukan rakyat bagi merapatkan interaksi sosial dan perpaduan kaum bagi
meningkatkan kualiti kesejahteraan hidup masyarakat setempat. Dari tahun 2014
hingga 2016 sebanyak 207 Rakan Taman telah diwujudkan di seluruh negara.
PRA-PELANCARAN fORUM BANDAR SEDUNIA KE-9 (wUf9)
Pada 26 April 2017, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (Perdana
Menteri Malaysia) telah menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Forum Bandar
Sedunia ke-9 (9 Session of The World Urban Forum, WUF9) di Pejabat Perdana
th
Menteri, Putrajaya.
MALAYSIA 305
2017

