Page 303 - malaysia_2017
P. 303
Pada majlis ini, YB Menteri telah menyampaikan watikah pelantikan kepada 232 RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
orang Pengerusi JPP dan 218 orang Setiausaha JPP Negeri Selangor yang telah
dilantik bagi penggal kedua untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari 2017 hingga
31 Disember 2018 bagi Fasa 1 dan 15 Januari 2017 hingga 31 Disember 2018 bagi
Fasa 2.
Daripada jumlah tersebut, seramai 183 orang Pengerusi dan 140 orang Setiausaha
JPP telah dilantik semula, manakala seramai 49 orang pengerusi dan 78 orang
setiausaha merupakan Anggota JPP yang baharu dilantik bagi penggal kedua
tahun 2017 hingga 2018.
KPKT telah memutuskan supaya Ujian Penilaian Pra-Pelantikan bagi Pengerusi dan
Setiausaha JPP dibuat di semua negeri sebagai syarat pelantikan semula anggota
JPP bagi penggal kedua. Ujian ini bertujuan untuk menguji tahap kefahaman
mengenai JPP meliputi garis panduan penubuhan JPP dalam kawasan PBT dan
gerak kerja JPP
MESYUARAT MAJLIS PERUMAhAN NEGARA
Majlis Perumahan Negara (MPN) Siri 5 Bilangan 1 Tahun 2017 yang dipengerusikan
oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Malaysia)
pada 2 Mac 2017 telah membincangkan dan memutuskan perkara-perkara yang
berikut:
• STATUS PELAKSANAAN PROGRAM 1 JUTA RUMAh MAMPU
MILIK
Pelaksanaan Program 1 Juta Rumah Mampu Milik (RMM) adalah bagi tempoh
lima tahun iaitu hingga tahun 2018. Sehingga 31 Disember 2016, sebanyak
20.7 peratus daripada sasaran 1 juta RMM telah berjaya disiapkan manakala
21.7 peratus adalah dalam fasa pembinaan dan 41.3 peratus adalah dalam
fasa perancangan.
MPN berperanan untuk mengeratkan kerjasama antara agensi-agensi
pelaksana pembangunan dalam usaha merealisasikan matlamat menyediakan
1 juta RMM. MPN juga menjadi platform yang ideal bagi merangka strategi
dan pelan tindakan secara inovatif, menyelaras aspek perundangan dan
mekanisme harga hartanah serta memastikan penyediaan rumah dengan
lebih cekap dan cepat yang boleh menjana pembangunan industri perumahan
secara menyeluruh.
MALAYSIA 303
2017

