Page 302 - malaysia_2017
P. 302

RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN





















            Penganjuran  karnival  yang  mengaplikasikan  Strategi  Lautan  Biru  Kebangsaan
            (NBOS) ini, dijayakan dengan penglibatan bahagian dan jabatan di bawah KPKT
            dan  agensi-agensi  lain  antaranya  Dewan  Bandaraya  Kuala  Lumpur  (DBKL),
            Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
            Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Malaysian Enviromental NGOs (MENGO)
            dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

            Pelbagai  aktiviti  yang  mengalakkan  penyertaan  kekeluargaan  dari  pelbagai
            peringkat umur telah dilaksanakan sepanjang dua hari karnival ini bertujuan untuk
            memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai fungsi dan perkhidmatan
            yang  disediakan  oleh  KPKT.  Antara  aktiviti  tersebut  ialah  ialah  pameran  oleh
            bahagian dan jabatan di bawah KPKT, agensi-agensi kerajaan, NGO dan swasta,
            Urban  Picnic,  City  Hunt,  KL  Car  Free  Morning,  Habitat  Moment,  aktiviti  Place
            Making, demonstrasi oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) dan Jabatan Bomba dan
            Penyelamat Malaysia (JBPM), Food Truck Fest, gerai jualan Peserta AZAM Bandar,
            Pengucapan Awam, Program Upscaling dan pembukaan konti Radio JKT.

            Semasa  majlis  perasmian  karnival,  YB  Menteri  turut  melancarkan  Rancangan
            Fizikal Negara ketiga dan Dasar Perbandaran Negara kedua serta menyampaikan
            beberapa anugerah, seperti yang berikut:
              •   Anugerah Bandar Mampan (MURNInets) 2015;
              •   Anugerah Pelaksana Kejiranan Hijau 2016;
              •   Anugerah Bandar Bersih;
              •   Anugerah Industrial Zero Waste Best Practice 2016; dan
              •   Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia.
            PENYAMPAIAN  wATIKAh  PELANTIKAN  PENGERUSI  DAN SETIAUSAhA
            JAwATANKUASA PERwAKILAN PENDUDUK (JPP) NEGERI SELANGOR
            YB  Tan  Sri  Noh  bin  Haji  Omar  (Menteri  Kesejahteraan  Bandar  Perumahan  dan
            Kerajaan  Tempatan)  telah  menyempurnakan  Majlis  Penyampaian  Watikah
            Pelantikan  Pengerusi  dan  Setiausaha  Jawatankuasa  Perwakilan  Penduduk  (JPP)
            Negeri Selangor bagi Penggal Kedua Tahun 2017 pada 10 Januari 2017 di Hotel
            Sama-sama, Sepang, Selangor.





              302  MALAYSIA
                                2017
   297   298   299   300   301   302   303   304   305   306   307