Page 317 - malaysia_2017
P. 317
PROGRAM ATLET SENIOR
Melalui Transformasi Sukan Negara 2015, struktur pembangunan sukan negara
telah diberikan pendekatan yang baharu dengan memberi lebih banyak tumpuan
kepada pengkhususan tugas oleh agensi utama di bawah Kementerian Belia dan
Sukan iaitu Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN).
Pihak MSN telah diberi tugas untuk menerajui pembangunan sukan daripada
peringkat daerah hingga ke peringkat kebangsaan yang melibatkan atlet bakat,
pelapis dan senior. Program “Kita Juara” juga telah dibentuk bagi memastikan
persiapan negara menghadapi Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dibuat RINGKASAN LAPORAN KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
lebih awal dan hasrat negara untuk menjuarai temasya edisi ke-29 ini tercapai.
Pihak ISN pula telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan pelaksanaan
program Podium bagi persiapan atlet negara menghadapi Temasya Sukan Asia
dan Komanwel 2018 nanti di samping memperkukuhkan perkhidmatan sains dan
perubatan sukan di pelbagai peringkat.
PROGRAM KITA JUARA
Satu program latihan jangka pendek
telah dirangka sebagai persiapan
kontinjen negara bagi menghadapi
temasya Sukan SEA 2017 di Kuala
Lumpur. Dengan sasaran untuk
menjadi juara keseluruhan, beberapa
pendekatan serta perubahan yang
baharu telah dirangka di samping
memperkasakan peranan Persatuan
Sukan Kebangsaan. Majlis pelancaran
program ini telah disempurnakan oleh
YB Menteri Belia dan Sukan pada 7
September 2015 dan turut dilancarkan
adalah nama program tersebut iaitu
‘Kita Juara 2017’.
Sebanyak tiga fasa latihan telah
ditetapkan di bawah program ini di
mana fasa I telah bermula pada bulan
September 2015 hingga September
2016. Fasa II pula bermula pada
bulan Oktober 2016 hingga Mac 2017
dan fasa III pada bulan April hingga
Ogos 2017. Intensiti program latihan
bagi setiap fasa latihan ini adalah
berbeza mengikut sasaran yang telah
ditetapkan. Sebanyak 38 jenis sukan
sedang menjalani latihan secara
sepenuh masa di bawah program ini.
MALAYSIA 317
2017

