Page 318 - malaysia_2017
P. 318

KEJUARAAN CUB PRIX
        RINGKASAN LAPORAN  KEMENTERIAN-KEMENTERIAN
            Kejuaraan  Cub  Prix  (Cub  Prix)  merupakan  siri  perlumbaan  motosikal  peringkat
            kebangsaan dan terulung negara sejak pertama kali diadakan pada tahun 1994.
            Kejohanan  ini  telah  mendapat  pengiktirafan  oleh  Automobile  Association  of
            Malaysia (AAM). Kejuaraan CUB Prix hanya mempertandingkan acara motosikal
            kategori kapcai sahaja.

            Antara objektif program ini adalah untuk membendung gejala “Mat Rempit” dan
            lumba  haram  dalam  kalangan  belia  di  samping  menyediakan  platform  kepada
            peminat  sukan  bermotor  dengan  ciri-ciri  keselamatan  yang  lebih  terjamin  dan
            mengurangkan risiko kecederaan.

            Kejuaraan ini dilaksanakan di negeri-negeri yang telah ditetapkan oleh penganjur,
            dan  dilaksanakan  sepanjang  tahun  melalui  format  sirkit.  Antara  kategori  yang
            dipertandingkan mengikut umur adalah seperti Kategori CP 130 - (13 - 45 tahun),
            Kategori CP 150 - (13 - 45 tahun), Kategori WIRA - (13 - 17 tahun), Kategori Honda
            Wave Alpha Challenge - (13 - 17 tahun) dan Kategori Yamaha 135 Super Series
            Petronas  -  (13  -  17  tahun).  Kategori  Wira  adalah  kategori  yang  telah  menarik
            penyertaan yang paling ramai berbanding dengan kategori yang lain.
            Penglibatan  KBS  melalui  kategori  Wira  KBS  ini  mampu  mencungkil  lebih  ramai
            bakat-bakat sukan permotoran negara di samping dapat menjadi platform untuk
            remaja  menonjolkan  bakat  mereka  di  tempat  yang  betul  dan  selamat,  bukan
            dengan berlumba haram atau aktiviti tidak sihat yang lain.









































              318  MALAYSIA
                                2017
   313   314   315   316   317   318   319   320   321   322   323