Page 48 - malaysia_2017
P. 48

PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA



















                    Dengan kutipan GST berjumlah RM38.5 bilion pada tahun 2016, cukai
               7    baharu ini telah mengimbangi  kekurangan  hasil kerajaan sebanyak
                    RM30  bilion  yang disebabkan  oleh kejatuhan  harga minyak sebanyak
                    hampir 50 peratus.

                    Defisit  fiskal  kerajaan  terus  berkurangan  dengan  stabil  kepada  3.1
               8    peratus, sekali gus memastikan negara berada di landasan yang tepat
                    untuk mencapai bajet yang seimbang menjelang tahun 2020.

                    Pembinaan 6,041.7 km jalan raya di kawasan luar bandar, berbanding
               9    dengan 750 km jalan raya luar bandar yang dibina pada tahun pertama
                    program NTP pada tahun 2010.
                    Pembinaan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) di Johor,
              10    merupakan hab bertaraf dunia bagi aktiviti minyak dan gas hiliran yang
                    menarik pelaburan swasta yang besar.

                    Sejumlah  7.28  juta  isi rumah meraih manfaat daripada RM5.36  bilion
              11    dana BR1M  yang diberikan  oleh kerajaan untuk  meringankan beban
                    golongan yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.


              12    Kadar enrolmen prasekolah kebangsaan meningkat kepada 85.56
                    peratus pada tahun 2016.

                    UNESCO  menarafkan Malaysia sebagai destinasi  kesembilan  yang
              13    lebih  disukai  bagi  pendidikan  tinggi  dalam kalangan  pelajar-pelajar
                    antarabangsa dalam Kajian  Mobiliti  Pelajar Antarabangsa. Ini
                    menandakan peningkatan daripada kedudukan ke-12 pada tahun 2014.

                    Sebanyak  74.4  peratus  kes  rasuah  telah  diselesaikan  dalam tempoh
              14    setahun  kes didaftarkan  di  mahkamah. Ini  dapat dicapai menerusi
                    penubuhan  14 buah  mahkamah rasuah khas di setiap negeri dan
                    Wilayah Persekutuan.








               48  MALAYSIA
                                2017
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53