Page 45 - malaysia_2017
P. 45

1Malaysia, yang  juga  boleh  didapati  di  569  kedai  bukan  KR1M.  Barangan
                  keperluan lain turut dijual sekurang-kurangnya  15 peratus lebih  murah
                  daripada jenama premium yang serupa.
              •   Pada 6  April  2016,  selaras dengan  Dasar Perumahan Negara, KKBPKT
                  melancarkan Skim MyDeposit  untuk  membantu individu  dan  isi rumah
                  berpendapatan sederhana memiliki rumah idaman mereka.
              •   Skim ini ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia yang berumur lebih 21
                  tahun dan berpendapatan antara RM3,000 hingga RM10,000. Sehingga kini,
                  2,776 rakyat Malaysia telah meraih manfaat daripada projek ini.         PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA





























              NKRA Mempertingkatkan Pembangunan Luar Bandar
              Lebih  6.2 juta rakyat Malaysia yang  tinggal  di  kawasan luar bandar menikmati
              akses yang sama kepada kemudahan asas sebagaimana mereka yang tinggal di
              bandar,  sekaligus  membuktikan  bahawa  prakarsa transformasi Malaysia  tidak
              berat sebelah dan hanya tertumpu di bandar. Antaranya ialah:
              •   Dari 2010  hingga  2016,  kerajaan  telah  menyediakan  6,041.7  km jalan-jalan
                  luar bandar baru dan menyelenggara sebanyak 2,378.5 km jalan raya.
              •   Seramai 350,094 isi rumah telah menerima akses kepada bekalan air bersih,
                  sementara yang lain 153,821  kini  menikmati sambungan  kepada bekalan
                  elektrik.
              •   Sebanyak  94,604  buah  rumah telah dibina  dan  dipulihkan  untuk  golongan
                  miskin di luar bandar.
              •   Secara keseluruhan, aktiviti-aktiviti ini telah memberi manfaat kepada lebih
                  daripada 6.2 juta orang yang tinggal di luar bandar.
              •   Cabaran Perniagaan Luar Bandar (RBC) menggalakkan keusahawanan
                  dalam kalangan belia luar bandar. Sejak 2010,  85 peratus pemenang RBC
                  telah  mencapai  peningkatan  pendapatan  lebih  daripada  30  peratus.  Untuk
                  2016 sahaja, inisiatif mencatatkan peningkatan pendapatan dalam kalangan
                  19 daripada 23 pemenang RBC 2014,  dengan  pemenang meningkatkan
                  pendapatan mereka sebanyak 30 peratus.




                                                            MALAYSIA 45
                                                                         2017
   40   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50