Page 43 - malaysia_2017
P. 43

NKRA      Mempertingkatkan        Taraf    Kehidupan       Isi  Rumah       PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
              Berpendapatan Rendah
              NKRA  ini  memfokuskan pemberian bantuan  kepada isi rumah berpendapatan
              rendah yang benar-benar memerlukan dengan memperkasakan mereka hingga
              mampu berdikari.

              •   Pada tahun  2016,  sejumlah 7,898  orang peserta baharu telah menyertai
                  1AZAM dan jumlah peserta baharu dan sedia ada seramai 10,225 orang telah
                  meningkatkan pendapatan mereka melebihi RM300.
              •   Seramai 2,329 peserta Beyond 1AZAM telah berjaya meningkatkan pendapatan
                  mereka sebanyak 50 peratus atau lebih.



              NKRA Mengurangkan Jenayah
              •   Bidang  Keberhasilan  Utama  Negara  Mengurangkan  Jenayah  (NKRA
                  Mengurangkan  Jenayah)  telah berjaya mengurangkan Indeks  Jenayah
                  sebanyak 47 peratus dari tahun 2010 hingga 2016.
              •   Pada peringkat nasional, Orang Kena Pengawasan (OKP), iaitu penagih dadah
                  yang telah menjalani pemulihan yang ingin terus bebas daripada dadah, kekal
                  bersih tanpa dadah selama sekurang-kurangnya setahun.
              •   Selain daripada itu, di bawah program kemahiran kelolaan Jabatan Penjara
                  Malaysia, banduan  telah mendapat pensijilan  di bawah Sijil Kemahiran
                  Malaysia (SKM-SLDN),  Sijil  Kecekapan  Kemahiran  (SKKCIDB)  dan  Program
                  Pemanduan Kenderaan Perdagangan (Metro).








                                                            MALAYSIA 43
                                                                         2017
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48