Page 46 - malaysia_2017
P. 46
NKRA Memastikan Pendidikan Berkualiti
PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
NKRA Pendidikan memfokuskan usaha menambah baik kualiti pendidikan yang
disampaikan kepada pelajar oleh sistem pendidikan kita.
• Kadar pendaftaran pra-sekolah kebangsaan meningkat kepada 85.56
peratus pada 2016, contohnya berbanding 67 peratus pada tahun 2009; dan
pencapaian hampir sejagat untuk kumpulan umur lima tahun dan ke atas.
• NKRA Pendidikan berfokus untuk meningkatkan standard sistem pendidikan
awam melalui pengukuhan dasar menerusi pembaharuan secara holistik.
• Malaysia menduduki tempat ke-22 untuk subjek Matematik, dan tempat
ke-24 untuk subjek Sains daripada 39 negara yang terlibat dalam kajian Trends
International Mathematics and Science Study (TIMSS).
• Jumlah keseluruhan sekolah yang berada dalam Band Satu dan Band Dua,
iaitu sekolah yang cemerlang di Malaysia, meningkat kepada 3,980 pada tahun
2016 berbanding 3,105 pada tahun 2015.
• Bilangan sekolah dalam Band Enam dan Band Tujuh meningkat kepada 199
secara keseluruhan pada tahun 2016 berbanding 139 pada tahun 2015.
46 MALAYSIA
2017

