Page 44 - malaysia_2017
P. 44
NKRA Membanteras Rasuah
PENCAPAIAN DAN PERISTIWA PENTING NEGARA
• Pada tahun 2015, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI)
Transparency International telah menurun dari tangga 50 ke-54; pada tahun
2016, kita kini berada di kedudukan ke-55 dalam CPI.
• Penubuhan 14 mahkamah khas rasuah telah membolehkan badan kehakiman
Malaysia untuk mendengar dan mengadili kes-kes dalam jangka masa yang
lebih pendek.
• Pada tahun 2016, Malaysia bersama dengan 19 delegasi negara lain merentas
lima benua, menyertai satu inisiatif oleh British Standards Institution (BSI
Group) untuk mewujudkan dan memantapkan ISO37001, Sistem Standard
Pengurusan Anti-Rasuah antarabangsa yang direka khusus untuk membantu
organisasi melaksanakan pengurusan sistem anti-rasuah.
NKRA Menangani Kos Sara Hidup Rakyat (NKRA COL)
Inisiatif di bawah NKRA COL terus menjadi bidang keutamaan bagi kerajaan;
mengurangkan beban ekonomi masyarakat yang sedang menyesuaikan diri
dengan peralihan kepada status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020. NKRA COL melindungi kebajikan rakyat Malaysia, khususnya golongan
berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dari segi ekonomi. Antara usaha di
bawah NKRA ini ialah:
• Pada tahun 2016, 7.28 juta rakyat menerima antara RM400 hingga RM1,050,
bergantung pada tahap pendapatan dan keperluan isi rumah masing-masing.
• Pada tahun 2016, skop pengagihan BKAP1M dikurangkan untuk memberi
tumpuan kepada pelajar Tahun Satu hingga Tingkatan Lima dari golongan
isi rumah yang pendapatan bulanannya kurang daripada RM3,000 untuk
memastikan bantuan tersebut disalurkan kepada pihak yang berhak.
• Sejak tahun 2012, BB1M telah membantu 6.4 juta pelajar peringkat tertiari,
termasuk pelajar Tingkatan Enam, dalam pembelian buku teks kursus melalui
baucar buku bernilai RM250 seorang.
• Sejumlah 179 kedai KR1M di seluruh negara menjual pelbagai barang runcit
premium dan berjenama serta 234 jenis barangan daripada Produk Rakyat
44 MALAYSIA
2017

