Page 94 - malaysia_2017
P. 94
PROFIL NEGERI-NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN
KUALA LUMPUR
http://www.visitkl.gov.my
Kuala Lumpur yang merupakan ibu
negara Malaysia telah diisytiharkan
sebagai Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur (WPKL) dan Pusat Pentadbiran
Persekutuan pada 1 Februari 1974.
Kuala Lumpur mempunyai keluasan
243 km dan terbahagi kepada tiga
2
daerah iaitu Kuala Lumpur (Pusat
Bandar), Cheras dan Setapak. WPKL
mempunyai 11 kawasan Parlimen iaitu
Bandar Tun Razak, Batu, Bukit Bintang,
Cheras, Kepong, Lembah Pantai,
Segambut, Seputeh, Setiawangsa,
Titiwangsa dan Wangsa Maju.
Pembangunan Kuala Lumpur boleh
dikatakan bermula daripada rentetan
sejarah lampau iaitu setelah ditemui
oleh pelombong bijih timah berbangsa
Bugis, Raja Abdullah. Bijih timah yang
ditemui di Sungai Gombak dan Klang
telah mengundang Kapitan Cina, Yap
Ah Loy untuk meneroka kekayaan Kuala
Lumpur. Aktiviti perlombongan menjadi
titik tolak kepada perkembangan
pembangunan ekonomi Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur turut dikenali sebagai
Bandaraya Bercahaya, Pusat Kesenian
Antarabangsa, Pusat Perundangan
94 MALAYSIA
2017

