Page 96 - malaysia_2017
P. 96

PROFIL NEGERI-NEGERI  WILAYAH Persekutuan  Labuan
            PERSEKUTUAN LABUAN
            http://www.labuantourism.com.my

            Wilayah
            merupakan Wilayah Persekutuan kedua
            di Malaysia. Keluasannya  ialah 92 km
                                                2
            dan mempunyai hanya satu kawasan
            Parlimen. Ia terletak sekitar 10  km dari
            pantai  Sabah  dan  mengambil  masa
            dua  setengah  jam penerbangan  dari
            Kuala Lumpur. Pulau  Labuan telah
            diisytiharkan sebagai Pusat Kewangan
            Luar  Pesisir  (Offshore  Financial  Centre)
            dan Pelabuhan  Bebas Cukai. Unjuran
            penduduknya  pada tahun 2016  adalah
            0.3  peratus dari 31.7  jumlah penduduk
            Malaysia. Labuan bukan sahaja terkenal
            dengan pelabuhan yang besar dan dalam
            tetapi  turut  terkenal  kerana  persisiran
            pantainya  yang  berpasir putih  dengan
            air yang  jernih  sehingga  membolehkan
            pengunjungnya    melihat   kehidupan
            karang laut. Menyelam skuba adalah
            aktiviti yang paling sesuai dilakukan di
            sini.

            Labuan      menawarkan      destinasi
            pelancongan  yang  menarik kepada
            pengunjungnya  yang  di antara adalah
            Perkampungan     Air,  Taman   Marin
            Labuan,   Muzium    Labuan,   Taman
            Botanical  Labuan,  Pulau  Layang-Layang
            dan pelbagai lagi tempat menarik.

            Pada tahun  2016,  Wilayah  Persekutuan
            Labuan     mencatat     pertumbuhan
            ekonomi pada kadar 7.2 peratus dan
            menyumbang 0.5 peratus kepada KDNK
            negara. Pecahan peratusan aktiviti
            ekonominya ialah perkhidmatan (76.2%),
            pembuatan (19.3%),   pertanian (1.4%)
            dan pembinaan (1.8%).













               96  MALAYSIA
                                2017
   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101