Page 95 - malaysia_2017
P. 95
Kehakiman dan Kota Kebudayaan Islam
di Malaysia. Unjuran penduduknya
pada tahun 2016 adalah 5.6 peratus dari
31.7 juta jumlah penduduk Malaysia.
Kuala Lumpur City Centre (KLCC) PROFIL NEGERI-NEGERI
merupakan satu projek pembangunan
bandar yang bertaraf antarabangsa
dan menjadi mercu tanda gemilang
bagi negara Malaysia. Ia berkonsepkan
“Bandar Raya-Dalam-Bandar Raya”
yang merangkumi kawasan seluas
40 hektar serta menyediakan ruang
kegunaan komersial untuk pejabat,
perniagaan runcit, hotel dan kediaman
seperti Menara Berkembar Petronas,
Masjid Asy-Syakirin, Taman Awam,
Suria KLCC, Kuala Lumpur Convention
Centre, hotel dan sebagainya. Menara
Berkembar Petronas merupakan salah
sebuah bangunan tertinggi di Asia dan
menara berkembar tertinggi di dunia
iaitu mencecah 452 meter.
Selain itu, Kuala Lumpur menawarkan
destinasi pelancongan dan rekreasi
yang menarik seperti Taman Burung,
Taman Rama-rama, Pasar Seni,
Chinatown, Taman Bunga Raya, Istana
Negara, Kompleks Budaya Kraf, Taman
Tasik, Dataran Merdeka, Menara Kuala
Lumpur, Tugu Negara, Masjid Negara,
Muzium Negara, Pusat Sains Negara,
Kompleks Sukan Negara, Istana Budaya,
Zoo Negara, Taman Orkid, Planetarium
Negara, Rumah Penghulu Abu Seman,
Bangunan Sultan Abdul Samad, Tugu
Negara, Balai Seni Lukis Negara, Pasar
Seni, Pusat Kraf, Skybridge KLCC,
pelbagai tempat menarik yang lain.
Tarikan terkini pada 2016 adalah
Skybox di Menara KL.
Pada tahun 2016, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur (termasuk Putrajaya)
mencatat pertumbuhan ekonomi kukuh
pada kadar 5.9 peratus dan menjadi
penyumbang kedua terbesar kepada
KDNK negara sebanyak 15.3 peratus.
Pecahan peratusan aktiviti ekonominya
ialah perkhidmatan (87.7%), pembuatan
(3.3%) dan pembinaan (7.5%).
MALAYSIA 95
2017

