Page 168 - 3. Buku Teks RBT Tingkatan 2
P. 168

'-re






           Pembungkusan makanan ialah suatu mekanisme  yang menggunakan  kaedah sains dan
           teknologi dalam memelihara produk bagi tujuan pengedaran, penstoran, jualan,  dan
           penggunaan.  Pembungkusan  melibatkan  proses reka bentuk, penilaian, dan pemasaran.           l

                                                                                                          l
           Tanda Jenama
           Tanda  jenama  merupakan  salah satu
           elemen grafik yang penting dalam
           sesuatu pembungkusan.  Tanda  jenama
           merupakan  nama yang diberikan  kepada                                                       ,l
           sesuatu  produk atau perkhidmatan.                                                           I t
           Tanda  jenama  berfungsi  untuk
           memperkenalkan  produk atau
           perkhidmatan  kepada pengguna.
                                                                                                          l
                 Gambar  Foto 2.6.9  Tanda jenama pada
                 produk kerepek  pisang





           Tipografi
           Penggunaan  tipografi  adalah untuk
           mencipta  satu  jenama  kepada sesuatu
           produk. Sesetengah  pengguna  lebih suka
           mengingati  simbol daripada  nama sesuatu
           produk tersebut.  Penggunaan pelbagai  bahasa
          juga  amat digalakkan  bagi menarik  perhatian
           pengguna.  Penggunaan  tipografi  yang  unik
           dan kreatif dapat menarik  perhatian  pengguna.    Gambar Foto 2.5.10 Tipografi pada
           Contohnya,  Felda menggunakan  'f' bagi            produk  keluaran  Felda
           memudahkan  pengguna  mengingati  jenama
          dan produk keluarannya.


          Warna
          Penggunaan  warna memainkan  peranan
          penting dalam reka bentuk pembungkusan
          sesuatu  produk.  Warna  mewujudkan identiti
          sesuatu  produk serta menyatakan sesuatu
          maksud. Warna juga  memberikan  kesan secara
          langsung kepada reka bentuk pembungkusan
          makanan. Gambar Foto 2.6.11 menunjukkan
          produk yang menggunakan  warna yang  berlainan
          pada pembungkusannya  bagi menunjukkan
          produk yang pelbagai  jenis.                          Gambar Foto 2.5.11 Penggunaan
                                                                warna pada pembungkusan  produk

           158
   163   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173