Page 290 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 290
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 146b—(samb.)
Fasal (2)
Fasal ini digantikan oleh Akta A354, perenggan 36(a), berkuat kuasa dari 27-08-1976. Fasal
yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:
“(2) Tertakluk kepada Fasal (3), cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang
ditubuhkan bagi sesuatu Negeri di bawah Fasal (1) hendaklah terdiri daripada mana-mana
anggota daripada badan induk Suruhanjaya itu yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan
dan mana-mana anggota khas yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pada membuat
mana-mana pelantikan di bawah Fasal ini Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak
menurut budi bicaranya, selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan berunding
dengan gabenor Negeri itu.”.
Fasal (3)
Fasal ini dipotong oleh Akta A354, perenggan 36(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976 dan
berbunyi seperti yang berikut:
“(3) Selagi Fasal ini berkuat kuasa, maka di mana-mana Negeri yang pada masa ini
terdapat suatu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, anggota-anggota Suruhanjaya itu
hendaklah secara ex officio menjadi anggota cawangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Negeri itu, dan cawangan itu hendaklah terdiri daripada anggota Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam Negeri itu dan tidak lebih daripada dua orang anggota daripada badan induk
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang ditetapkan oleh Kerajaan Persekutuan.”.
Fasal (6)
Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (7)
a. Perkataan “atau Singapura” yang terdapat selepas perkataan “Negeri Borneo” dipotong
oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965.
b. Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
c. Perkataan “dan cawangan itu ditubuhkan mengikut Fasal (3)” selepas perkataan Suruhanjaya
“Perkhidmatan Awam di bawah Perkara ini” dipotong oleh Akta A354, perenggan 36(c),
berkuat kuasa dari 27-08-1976.
d. Perkataan “gabenor” digantikan dengan “Yang di-Pertua Negeri” oleh Akta A354,
seksyen 42, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (8)
a. Fasal ini digantikan oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965. Fasal
yang dahulu berbunyi seperti yang berikut:
“(8) Fasal (1) dan (3) hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968,
dan selepas itu mana-mana satu daripada Fasal itu hendaklah terus berkuat kuasa—
(a) berhubung dengan sesuatu Negeri Borneo, sehingga ditetapkan sebaliknya oleh
Kerajaan Persekutuan; dan
(b) berhubung dengan Singapura, sehingga Parlimen memperuntukkan selainnya
melalui suatu Akta yang diluluskan dengan persetujuan gabenor.”.
b. Perkataan “Fasal (1) dan (3) hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968,
dan selepas itu mana-mana satu daripada Fasal itu” digantikan dengan “Perkara ini
hendaklah berkuat kuasa sehingga akhir bulan Ogos 1968, dan selepas itu” oleh
Akta A354, perenggan 36(d), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
c. Perkataan “Sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh
Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
d. lihat Per. 139(4), 146c(1), (2) & (3).

