Page 329 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 329
[Perkara 160] Perlembagaan Persekutuan 174
sebutan itu; dan apa-apa sebutan mengenai sesuatu kumpulan
Perkara, seksyen atau penggal Perkara-Perkara atau seksyen-seksyen
hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk yang pertama dan yang
akhir kedua-duanya sekali dalam kumpulan yang disebut itu.
(4) jika di bawah Perlembagaan ini seseorang dikehendaki
mengangkat dan menandatangani suatu sumpah, maka dia
hendaklah dibenarkan mematuhi kehendak itu dengan membuat
dan menandatangani suatu ikrar jika dia berhasrat sedemikian.
(5) Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai Persekutuan
dan Negeri-Negeri Persekutuan dan mengenai wilayah-wilayah
Persekutuan atau wilayah-wilayah mana-mana Negeri Persekutuan,
dan mengenai mana-mana pegawai yang memegang jawatan di
bawah Persekutuan atau mana-mana pihak berkuasa atau badan
di dalam atau bagi Persekutuan hendaklah ditafsirkan—
(a) berhubung dengan bila-bila masa selepas Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 mula berkuat kuasa,
dan sebelum Hari Merdeka, sebagai sebutan mengenai
Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian itu, dan
Negeri-Negeri dan Negeri-Negeri Selat yang termasuk
di dalamnya dan mengenai wilayah-wilayah Persekutuan
itu atau wilayah-wilayah mana-mana Negeri atau Negeri
Selat yang termasuk di dalamnya, dan mengenai pegawai
yang bersamaan yang memegang jawatan di bawahnya
atau pihak berkuasa atau badan yang bersamaan di dalam
atau bagi Persekutuan itu;
(b) berhubung dengan bila-bila masa sebelum Perjanjian
tersebut mula berkuat kuasa (setakat yang dibenarkan
oleh konteksnya) sebagai sebutan mengenai mana-mana
negara, wilayah, jawatan, pihak berkuasa atau badan
yang pentafsiran sebutannya telah dibuat peruntukan oleh
Fasal 135(2) Perjanjian tersebut, mengikut mana-mana
yang sesuai.
(6) Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai apa-apa tempoh
hendaklah ditafsirkan, setakat yang dibenarkan oleh konteksnya,
sebagai termasuk sebutan mengenai suatu tempoh yang bermula
sebelum Hari Merdeka.
(7) Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 hendaklah ditafsirkan, kecuali
jika konteksnya menghendaki makna yang lain, sebagai sebutan
mengenai Perjanjian itu sebagaimana yang berkuat kuasa sebaik
sebelum Hari Merdeka.

