Page 331 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 331
[Perkara 160a] Perlembagaan Persekutuan 175
Cetakan semula perlembagaan
160a. Pihak berkuasa yang dilantik di bawah undang-undang
persekutuan bagi maksud menyemak undang-undang boleh, dengan
persetujuan Yang di-Pertuan Agong, membenarkan pencetakan salinan
Perlembagaan ini, termasuk segala pindaan yang berkuat kuasa
pada tarikh kebenaran itu; dan mana-mana salinan Perlembagaan
ini yang dicetak sedemikian hendaklah disifatkan bagi segala
maksud sebagai salinan yang benar dan betul bagi Perlembagaan
Persekutuan.
teks sahih
160b. jika Perlembagaan ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa
kebangsaan, Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan teks
bahasa kebangsaan itu sebagai teks sahih, dan selepas itu, jika
ada percanggahan atau perselisihan antara teks bahasa kebangsaan
itu dengan teks bahasa inggeris Perlembagaan ini, teks bahasa
kebangsaan itu hendaklah mengatasi teks bahasa inggeris itu.
Bahagian Xiia
PErLiNDUNgAN TAMBAHAN BAgi NEgEri
SABAH DAN SArAWAK
penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda di negeri
sabah dan sarawak
161. (1) Tiada Akta Parlimen yang menamatkan atau menyekat
penggunaan bahasa inggeris bagi apa-apa maksud yang disebut
dalam Fasal (2) hingga (5) Perkara 152 boleh mula berkuat kuasa
berkenaan dengan penggunaan bahasa inggeris dalam apa-apa hal
yang disebut dalam Fasal (2) Perkara ini sehingga sepuluh tahun
selepas Hari Malaysia.
(2) Fasal (1) terpakai—
(a) bagi penggunaan bahasa inggeris di dalam mana-mana
satu Majlis Parlimen oleh seseorang ahli bagi atau dari
Negeri Sabah atau Sarawak; dan
(b) bagi penggunaan bahasa inggeris bagi prosiding di
dalam Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau di

