Page 332 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 332
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
per. 160a
Perkara baru ini dimasukkan oleh Akta A1130, seksyen 11, berkuat kuasa dari 28-09-2001.
Catatan:
1. Ketika ini, Perlembagaan Persekutuan dicetak semula dari semasa ke semasa dengan kuasa
daripada Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang menurut Akta Penyemakan Undang-
Undang 1968 [akta 1]. Memandangkan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai
undang-undang tertinggi Persekutuan, sudah sepatutnya suatu peruntukan yang khusus
bagi pencetakan semula sedemikian dimasukkan dalam Perlembagaan itu sendiri.
2. Apa-apa salinan sesuatu cetakan semula Perlembagaan Persekutuan di bawah Akta
Penyemakan Undang-Undang 1968 yang disifatkan sebagai teks sahih Perlembagaan
Persekutuan di bawah Akta itu hendaklah terus menjadi teks sahih sedemikian sehingga
wujud salinan Perlembagaan Persekutuan yang dicetak di bawah Perkara 160a, sebagaimana
yang dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Akta A1130.
per. 160b
Perkara baru ini dimasukkan oleh Akta A1130, seksyen 12, berkuat kuasa dari 28-09-2001,
untuk membolehkan Yang di-Pertuan Agong menetapkan terjemahan bahasa kebangsaan
Perlembagaan Persekutuan sebagai teks sahih.
bahagian XIIa
1. Tajuk “DAN SiNgAPUrA” selepas “NEgEri-NEgEri BOrNEO” dipotong oleh
Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 19-09-1996.
2. Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
per. 161
1. Perkara yang ada sekarang dimasukkan oleh Akta 26/1963, seksyen 61, berkuat kuasa dari
16-09-1963.
2. Perkara yang asal dimansuhkan oleh Akta 25/1963, seksyen 8, berkuat kuasa dari
29-08-1963 dan berbunyi seperti yang berikut:
“161. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, Perlembagaan ini
hendaklah mula berkuat kuasa pada Hari Merdeka.”.
3. Dalam nota bahu, perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah
dan Sarawak” oleh Akta A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Fasal (2), (3), (4) & (5)
Perkataan “sesuatu Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah atau Sarawak” oleh Akta
A514, perenggan 19(1)(b), berkuat kuasa dari 27-08-1976.

