Page 334 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 334

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN

                    per.  161—(samb.)
                       Fasal  (3)
                         a.  Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak” oleh
                           Akta A354, seksyen 43, berkuat  kuasa dari 27-08-1976.
                         b.  Subseksyen 18(2), Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985, memperuntukkan bahawa
                           sebutan mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
                           Mahkamah Agung.

                       Fasal  (4)
                       Subseksyen 18(2), Akta A566, berkuat kuasa dari 01-01-1985, memperuntukkan bahawa sebutan
                       mengenai Mahkamah Persekutuan hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Mahkamah
                       Agung.

                       Fasal  (2)(b),  (3) & (4)
                       Perkataan “Borneo” dan “Mahkamah Agung” masing-masingnya digantikan dengan perkataan
                       “Sabah dan Sarawak” dan “Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah rayuan” oleh Akta A885,
                       seksyen 39,  berkuat kuasa dari  24-06-1994.
                       Catatan:
                         Fasal (5) Perkara 161 Perlembagaan hendaklah, setakat yang Fasal itu berhubungan dengan
                         penggunaan bahasa ibunda di dalam mahkamah-mahkamah anak negeri atau mengenai apa-apa
                         kanun undang-undang dan adat anak negeri, terpakai di dalam Wilayah Persekutuan Labuan
                         mengikut  cara  yang  sama  sebagaimana  Fasal  itu  terpakai  di  dalam  Negeri  Sabah—lihat
                         Akta A585.
   329   330   331   332   333   334   335   336   337   338   339