Page 347 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 347

Perlembagaan  Persekutuan

                                            CaTaTaN

              per.  163,  164  &  165—(samb.)
                   165.  (1)  Tertakluk kepada Fasal (4), Bahagian Vii tidaklah boleh berkuat kuasa sehingga
                   hari  pertama  dalam  bulan  januari  tahun  seribu  sembilan  ratus  lima  puluh  sembilan,  atau
                   suatu tarikh yang lebih awal sebagaimana yang diperuntukan oleh atau di bawah undang-
                   undang  persekutuan.
                      (2)  Sehingga permulaan kuat kuasa Bahagian Vii, peruntukan Bahagian Xi dan jadual
                   Ketiga, Keempat dan Kelima kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, hendaklah
                   terus berkuat kuasa,  tetapi dengan  ubah  suaian yang  berikut,  iaitu—
                      (a)  sebutan mengenai Negeri Melayu atau Negeri Selat hendaklah ditafsirkan sebagai
                         sebutan mengenai Negeri;
                      (b)  sebutan  mengenai  Pesuruhjaya  Tinggi  dan  mengenai  Pesuruhjaya  Tinggi  dalam
                         Majlis  Mesyuarat  hendaklah  ditafsirkan  sebagai  sebutan  mengenai  Yang
                         di-Pertuan Agong;
                      (c)  sebutan mengenai Kerajaan  Negeri Selat hendaklah dipotong;  dan
                      (d)  sebutan  mengenai  Majlis  Mesyuarat  Negeri  Selat  hendaklah  ditafsirkan  sebagai
                         sebutan mengenai Majlis Mesyuarat Negeri.
                      (3)  Sehingga  permulaan  kuat  kuasa  Bahagian  Vii,  apa-apa  wang  yang  di  bawah
                   Perlembagaan ini (termasuk Bahagian Vii) dipertanggungjawabkan pada Kumpulan Wang
                   Disatukan  hendaklah  dipertanggungkan  pada  hasil  Persekutuan,  dan  pembayarannya
                   hendaklah dibuat menurut kuasa Fasal ini tanpa kuasa selanjutnya daripada undang-undang
                   persekutuan.
                      (4)  Walau  apa  pun  apa-apa  jua  dalam  Fasal  (1),  peruntukan  yang  berikut  dalam
                   Bahagian  Vii  hendaklah  mula  berkuat  kuasa  pada  Hari  Merdeka,  iaitu,  Perkara  96,  105
                   hingga  107 dan 111.”.

                 2.  Terdapat sebutan mengenai Per. 163 yang termansuh itu dalam Per. 162(1) oleh itu sebutan
              mengenai Perkara  163 dikekalkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
              per.  166
                 Fasal  (1)  &  (2)
                 Fasal-fasal  ini  dimansuhkan  oleh  Akta  25/1963,  seksyen  8,  berkuat  kuasa  dari  29-08-1963
                 dan  berbunyi  seperti  yang berikut:
                      “(1)  Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, semua harta dan aset yang sebaik sebelum
                   Hari Merdeka terletak hak pada Baginda ratu bagi maksud Persekutuan atau tanah jajahan
                   atau  Negeri  Selat  Melaka  atau  tanah  jajahan  atau  Negeri  Selat  Pulau  Pinang,  hendaklah
                   pada Hari Merdeka terletak hak pada Persekutuan atau Negeri Melaka atau Negeri Pulau
                   Pinang,  mengikut  mana-mana  yang berkenaan.
                      (2)  Mana-mana tanah di dalam Negeri Melaka atau Negeri Pulau Pinang yang sebaik
                   sebelum Hari Merdeka terletak hak pada Baginda ratu hendaklah pada hari itu terletak hak
                   pada  Negeri Melaka  atau Negeri Pulau Pinang, mengikut mana-mana yang berkenaan.”.
                 Fasal  (4), (5),  (6) & (7)
                 Fasal-fasal  ini  dimansuhkan  oleh  Akta  25/1963,  seksyen  8,  berkuat  kuasa  dari  29-08-1963
                 dan  berbunyi  seperti  yang berikut:
                      “(4)  Mana-mana tanah Negeri yang, sebaik sebelum Hari Merdeka, telah diduduki atau
                   digunakan tanpa di rizabkan, oleh Kerajaan Persekutuan bagi maksud yang menjadi maksud
                   persekutuan  pada  hari  itu,  hendaklah  pada  hari  itu  dirizabkan  bagi  maksud  persekutuan
                   itu.
                      (5)  Semua harta dan aset yang sebaik sebelum Hari Merdeka terletak hak pada Kerajaan
                   Persekutuan atau mana-mana orang lain bagi pihaknya bagi maksud yang pada hari itu terus
                   menjadi  maksud persekutuan hendaklah pada  hari itu  terletak hak  pada Persekutuan.
   342   343   344   345   346   347   348   349   350   351   352