Page 350 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 350

Perlembagaan Persekutuan

                                                  CaTaTaN
                    per.  167
                       Fasal  (1),  (2),  (3),  (4) & (5)
                       Fasal-fasal  ini  dimansuhkan  oleh  Akta  25/1963,  seksyen  8,  berkuat  kuasa  dari  29-08-1963
                       dan  berbunyi  seperti  yang berikut:
                         “167.  (1)  Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, semua hak, liabiliti dan obligasi—
                              (a)  Baginda  ratu berkenaan  dengan pemerintahan Persekutuan; dan
                              (b)  Kerajaan  Persekutuan  atau  mana-mana  pegawai  awam  bagi  pihak  Kerajaan
                                 Persekutuan,
                         hendaklah pada dan selepas Hari Merdeka menjadi hak, liabilti dan obligasi Persekutuan.
                            (2) Tertakluk  kepada peruntukan Perkara ini, semua hak, liabiliti dan obligasi—
                              (a)  Baginda ratu berkenaan dengan pemerintahan Melaka atau pemerintahan Pulau
                                 Pinang,
                              (b)  Duli Yang Maha Mulia raja berkenaan dengan pemerintahan mana-mana Negeri,
                                 dan
                              (c)  Kerajaan mana-mana Negeri,
                         hendaklah  pada  dan  selepas  Hari  Merdeka  menjadi  hak,  liabiliti  dan  obligasi  masing-
                         masing Negeri  itu.
                            (3)  Semua hak, liabiliti dan obligasi yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang
                         sebaik  sebelum  Hari  Merdeka  menjadi  tanggungjawab  Kerajaan  Persekutuan  tetapi  yang
                         pada  hari  itu  menjadi  tanggungjawab  Kerajaan  sesuatu  Negeri  hendaklah  pada  hari  itu
                         berpindah kepada Negeri  itu.
                            (4)  Semua hak, liabiliti dan obligasi yang berhubungan dengan apa-apa perkara sebaik
                         sebelum Hari Merdeka menjadi tanggungjawab Kerajaan sesuatu Negeri tetapi yang pada
                         hari  itu  menjadi  tanggungjawab  Kerajaan  Persekutuan  hendaklah  pada  hari  tu  berpindah
                         kepada  Persekutuan.
                            (5)  Dalam Perkara ini, hak, liabiliti dan obligasi termasuklah hak, liabiliti dan obligasi
                         yang  berbangkit  daripada  kontrak  atau  selainnya,  selain  hak  yang  Perkara  166  terpakai
                         baginya.”.
                    per.  168
                       Perkara  ini  dimansuhkan  oleh Akta  25/1963,  seksyen  8,  berkuat  kuasa  dari  29-08-1963  dan
                       berbunyi  seperti  yang berikut:
                         “168.  (1)  Tertakluk kepada peruntukan Perkara ini, apa-apa prosiding undang-undang yang
                         belum  selesai  di  mana-mana  mahkamah  sebaik  sebelum  Hari  Merdeka  yang  dalamnya
                         Baginda  ratu  atau  mana-mana  pekhidmat  Baginda  ratu  menjadi  suatu  pihak  berkenaan
                         dengan tanah jajahan atau Negeri Selat Melaka atau jajahan atau Negeri Selat Pulau Pinang
                         hendaklah  diteruskan  pada  dan  selepas  Hari  Merdeka  dengan  Negeri  Melaka  atau  Negeri
                         Pulau  Pinang, mengikut mana-mana  yang berkenaan, digantikan sebagai suatu pihak.
                            (2)  Tertakluk  kepada  peruntukan  Perkara  ini,  apa-apa  prosiding  undang-undang  yang
                         belum  selesai  di  mana-mana  mahkamah  sebaik  sebelum  Hari  Merdeka  yang  dalamnya
                         Kerajaan Persekutuan atau sesuatu Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai mana-mana
                         satu  Kerajaan  menjadi  suatu  pihak  hendaklah  diteruskan  pada  dan  selepas  Hari  Merdeka
                         dengan Persekutuan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, Negeri digantikan sebagai
                         suatu pihak.
                            (3)  Apa-apa  prosiding  undang-undang  yang  belum  selesai  di  mana-mana  mahkamah
                         sebaik  sebelum  Hari  Merdeka  yang  dalamnya  Kerajaan  Persekutuan  atau  mana-mana
                         pegawainya menjadi suatu pihak hendaklah, jika hal perkara ini termasuk dalam lingkungan
                         kuasa eksekutif Negeri, diteruskan pada dan selepas hari itu dengan Negeri itu digantikan
                         sebagai suatu pihak.
                            (4)  Apa-apa  prosiding  undang-undang  yang  belum  selesai  di  mana-mana  mahkamah
                         sebaik sebelum Hari Merdeka yang dalamnya sesuatu Negeri atau mana-mana pegawainya
                         menjadi  suatu  pihak  hendaklah,  jika  hal  perkara  ini  termasuk  dalam  lingkungan  kuasa
                         eksekutif Persekutuan, diteruskan pada dan selepas hari itu dengan Persekutuan digantikan
                         sebagai suatu pihak.
                            (5)  Peguam  Negara  hendaklah,  atas  permohonan  mana-mana  pihak  dalam  apa-apa
                         prosiding yang disebut dalam Perkara ini, memperakui sama ada Persekutuan atau sesuatu
                         Negeri hendak, mengikut Perkara ini, digantikan sebagai suatu pihak dalam prosiding itu,
                         dan apa-apa perakuan sedemikian hendaklah, bagi maksud prosiding itu, menjadi muktamad
                         dan mengikat semua mahkamah, tetapi tidaklah berkuat kuasa untuk menjejaskan hak dan
                         obligasi Persekutuan  dan mana-mana  Negeri antara sesama mereka sendiri.”.
   345   346   347   348   349   350   351   352   353   354   355