Page 375 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 375
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
Jadual kedua, bahagian III—(samb.)
Seksyen 20
1. Seksyen yang ada sekarang digantikan oleh Akta 14/1962, subseksyen 27(2), berkuat
kuasa dari 01-10-1962. Seksyen yang asal berbunyi seperti yang berikut:
“20. Pada menghitung tempoh kemastautinan di dalam Persekutuan bagi maksud
Bahagian iii—
(a) tempoh tidak berada di dalam Persekutuan selama kurang daripada enam
bulan;
(b) tempoh tidak berada di dalam Persekutuan bagi maksud apa-apa jenis
pendidikan, di mana-mana negeri dan sama ada apa-apa tempoh yang
diluluskan dari semasa ke semasa sama ada secara am atau secara khas
oleh Menteri; dan
(c) tempoh tidak berada di dalam Persekutuan atas sebab-sebab kesihatan
atau apa-apa sebab lain yang ditetapkan secara am atau secara khas oleh
Menteri,
hendaklah dikira sebagai kemastautinan di dalam Persekutuan; dan bagi maksud
Bahagian iii seseorang hendaklah disifatkan bermastautin di dalam Persekutuan
pada sesuatu hari tertentu jika dia telah bermastautin di dalam Persekutuan sebelum
hari itu dan hari itu dimasukkan dalam apa-apa tempoh yang dia tidak berada di
dalam Persekutuan seperti yang disebut terdahulu.”.
2. Subseksyen (1)(d) & (3): lihat subseksyen 20(4).
3. Subseksyen 20(4)
(a) Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari 16-09-1963.
(b) Perkataan “atau Singapura” yang terdapat selepas “Negeri-Negeri Borneo”
dipotong oleh Akta 59/1966, seksyen 2, berkuat kuasa dari 09-08-1965.
(c) Perkataan “Negeri-Negeri Borneo” digantikan dengan “Negeri Sabah dan Sarawak”
oleh Akta A354, seksyen 43, berkuat kuasa dari 27-08-1976.
Seksyen 21
Perkataan “konsulat Malaya” digantikan dengan “konsulat Persekutuan” oleh
Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari 16-09-1963.
Seksyen 22
Ditambahkan oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3), berkuat kuasa dari 16-09-1963.

