Page 373 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 373
[jaDual Perlembagaan Persekutuan 194
keDua]
seolah-olah sebutan mengenai bapanya telah digantikan dengan sebutan
mengenai pengangkat itu, dan sebutan dalam Fasal itu dan seksyen 9 Bahagian
ini dalam jadual ini mengenai ibu atau bapanya hendaklah ditafsirkan dengan
sewajarnya.
19. Apa-apa sebutan dalam Bahagian iii Perlembagaan ini mengenai taraf atau
perihalan bapa seseorang pada masa kelahiran orang itu hendaklah, berhubung
dengan seseorang yang lahir selepas kematian bapanya, ditafsirkan sebagai
sebutan mengenai taraf atau perihalan bapa itu pada masa kematian bapa itu;
dan jika kematian itu berlaku sebelum Hari Merdeka dan kelahiran itu berlaku
pada atau selepas Hari Merdeka, maka taraf atau perihalan yang akan terpakai
bagi bapa itu sekiranya dia mati selepas Hari Merdeka hendaklah disifatkan
sebagai taraf atau perihalan yang terpakai baginya pada masa kematiannya.
Seksyen ini hendaklah berkuat kuasa berhubung dengan Hari Malaysia
sebagaimana seksyen ini berkuat kuasa berhubung dengan Hari Merdeka.
19a. Bagi maksud Bahagian i atau ii jadual ini, seseorang yang lahir di atas
sesuatu kapal atau pesawat udara berdaftar hendaklah disifatkan telah lahir di
tempat di mana kapal atau pesawat udara itu telah didaftarkan, dan seseorang
yang lahir di atas sesuatu kapal atau pesawat udara tidak berdaftar kepunyaan
Kerajaan mana-mana negara hendaklah disifatkan telah lahir di dalam negara
itu.
19b. Bagi maksud Bahagian i atau ii jadual ini, mana-mana kanak-kanak
baru lahir yang dijumpai ditinggalkan tanpa perlindungan di mana-mana tempat
hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, telah lahir di tempat
itu dan ibunya bermastautin secara tetap di tempat itu; dan jika kanak-kanak
itu dikira menurut kuasa seksyen ini telah lahir sedemikian, maka tarikh dia
dijumpai hendaklah dikira sebagai tarikh lahirnya.
19c. Bagi maksud Bahagian i atau ii jadual ini seseorang hendaklah dikira
telah bermastautin secara tetap pada bila-bila masa di Persekutuan jika, tetapi
hanya jika, dia ketika itu bermastautin di Persekutuan dan sama ada—
(a) dia ketika itu mendapat kebenaran yang diberikan tanpa had masa di
bawah mana-mana undang-undang persekutuan untuk bermastautin
di Persekutuan; atau
(b) diperakui oleh Kerajaan Persekutuan bahawa dia hendaklah dikira bagi
maksud itu sebagai seorang pemastautin tetap di Persekutuan.
20. (1) Pada menghitung apa-apa kemastautinan di Persekutuan bagi maksud
Bahagian iii Perlembagaan ini—
(a) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan selama kurang daripada enam
bulan;
(b) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan bagi maksud apa-apa jenis
pendidikan, di mana-mana negara dan selama apa-apa tempoh yang
diluluskan dari semasa ke semasa sama ada secara am atau secara
khas oleh Menteri;
(c) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan kerana sebab-sebab
kesihatan;
(d) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan kerana bertugas dalam

