Page 374 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 374
195 Perlembagaan Persekutuan [jaDual
keDua]
perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan mana-mana Negeri,
jika tempoh itu selaras dengan keberterusan yang diperlukan bagi
kemastautinan itu; dan
(e) tempoh tidak ada di dalam Persekutuan kerana apa-apa sebab lain
yang ditetapkan secara am atau secara khas oleh Menteri,
hendaklah dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.
(2) Pada menghitung apa-apa kemastautinan di Persekutuan bagi maksud
Bahagian iii Perlembagaan ini—
(a) tempoh yang dalamnya seseorang telah tidak bermastautin dengan
sah di Persekutuan;
(b) tempoh seseorang berada sebagai penghuni di dalam mana-mana
penjara atau sebagai seseorang yang ditahan dalam jagaan yang
sah di mana-mana tempat lain, selain hospital mental, di bawah
peruntukan mana-mana undang-undang bertulis Persekutuan; dan
(c) tempoh yang dalamnya seseorang dibenarkan tinggal sementara di
Persekutuan di bawah kuasa apa-apa pas yang dikeluarkan atau
perintah pengecualian yang dibuat di bawah peruntukan mana-mana
undang-undang bertulis Persekutuan yang berhubungan dengan
imigresen,
tidak boleh, kecuali dalam hal apa-apa tempoh yang disebut dalam perenggan (c),
dengan persetujuan Menteri, dikira sebagai kemastautinan di Persekutuan.
(3) Bagi maksud Bahagian iii Perlembagaan ini, seseorang hendaklah
disifatkan bermastautin di Persekutuan pada sesuatu hari tertentu jika dia telah
bermastautin di Persekutuan sebelum hari itu dan hari itu termasuk dalam apa-
apa tempoh tidak ada di dalam Persekutuan yang disebut dalam subseksyen (1).
(4) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan mana-mana bahagian
Persekutuan dan wilayah-wilayah yang termasuk di dalam bahagian itu sebelum
Hari Malaysia sebagaimana seksyen ini terpakai berhubung dengan Persekutuan
pada keseluruhannya, dan sebutan dalam subseksyen (1)(d) mengenai
perkhidmatan sesuatu Negeri hendaklah termasuk, berhubung dengan wilayah-
wilayah itu, perkhidmatan mana-mana Kerajaan yang mempunyai bidang kuasa
di wilayah-wilayah itu sebelum Hari Malaysia; dan berhubung dengan Hari
Malaysia atau mana-mana hari yang kemudiannya subseksyen (3) hendaklah
terpakai seolah-olah wilayah-wilayah yang termasuk di dalam Negeri Sabah
dan Sarawak telah pada setiap masa menjadi sebahagian daripada Persekutuan.
21. Bagi maksud Bahagian iii Perlembagaan ini, “konsulat Persekutuan”
termasuklah mana-mana pejabat yang menjalankan fungsi konsul bagi pihak
Persekutuan.
22. Kecuali setakat yang konteksnya menghendaki makna yang lain, sebutan
dalam jadual ini mengenai Bahagian iii Perlembagaan ini hendaklah dibaca
sebagai termasuk sebutan mengenai jadual ini.

