Page 370 - PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Cetakan Semula Sebagaimana pada 1 November 2010
P. 370
Perlembagaan Persekutuan
CaTaTaN
Jadual kedua, bahagian III—(samb.)
“(e) suatu daftar orang yang didaftarkan di bawah Perkara 19a sebagai
warganegara yang bukan warganegara Singapura;”,
(ii) menggantikan, dalam subseksyen (2), perkataan “Perkara 28 dan 28a” dengan
“Perkara 28” dan perkataan ‘baginya Perkara-Perkara itu terpakai, dikecualikan
bahawa “warganegara melalui pendaftaran” tidak termasuk mana-mana warganegara
Singapura’ dengan “baginya Perkara itu terpakai.”.
2. lihat seksyen 11.
Subseksyen (1)(e) & (2): lihat catatan di halaman sebelum ini.
Seksyen 11
1. Perkataan “pihak berkuasa pendaftaran” dan “pihak berkuasa” digantikan dengan
“Menteri”, dan perkataan “ia” yang terdapat selepas “seksyen 10, maka” digantikan
dengan “dia” oleh Akta 14/1962, seksyen 32 berkuat kuasa dari 01-12-1960.
2. lihat seksyen 12.
Seksyen 13, 14 & 15
Seksyen-seksyen ini dipotong oleh Akta 10/1960, perenggan 33(i), berkuat kuasa dari
01-12-1960 dan berbunyi seperti yang berikut.
“13. Bagi maksud menetapkan apa-apa persoalan fakta yang bukti mengenainya
diperlukan bagi mana-mana orang yang mendakwa menjadi warganegara melalui
kuat kuasa undang-undang, atau bagi pendaftaran sebagai seorang warganegara, pihak
berkuasa pendaftaran berhak mengemukakan apa-apa soalan kepada orang itu, atau
mana-mana orang lain, sebagaimana yang difikirkannya perlu; dan melainkan jika
pihak berkuasa itu mempunyai sebab untuk meragui tentang betulnya jawapan kepada
mana-mana soalan itu, jawapan itu hendaklah diterima sebagai betul.
14. Tanpa menjejaskan seksyen 13, jika mana-mana orang menyatakan bahawa dia
telah mencapai umur yang tertentu maka pernyataan itu bolehlah, melainkan jika pihak
berkuasa pendaftaran atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai
sebab untuk meragui betulnya pernyataan itu, diterima sebagai betul walaupun orang
itu tidak dapat menentukan tarikh lahirnya; dan mana-mana orang yang mendakwa
dirinya dilahirkan sah taraf hendaklah dikira dilahirkan sedemikian melainkan jika
pihak berkuasa pendaftaran atau Menteri, mengikut mana-mana yang berkenaan,
mempunyai sebab untuk mengatakan bahawa dia dilahirkan tidak sah taraf.
15. jika pihak berkuasa pendaftaran berpuas hati dengan semua perkara yang dikehendaki
oleh Perkara 17 bagi maksud sesuatu permohonan pendaftaran di bawah Perkara itu,
mereka hendaklah memberikan notis yang bermaksud sedemikian kepada Menteri, dan
melainkan jika dalam suatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah
yang dibuat oleh Menteri bagi maksud seksyen ini Menteri mengarahkan selainnya,
pihak berkuasa itu hendaklah mendaftarkan pemohon itu dengan sewajarnya.”.
Seksyen 16
Seksyen yang asal digantikan oleh Akta 10/1960, perenggan 33(j), berkuat kuasa dari
01-12-1960 dan berbunyi seperti yang berikut:
“16. Menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama
dua tahun atau denda seribu ringgit atau kedua-duanya bagi seseorang yang dengan
disedarinya membuat apa-apa penyataan palsu dengan tujuan mendorong pihak berkuasa
pendaftaran atau Menteri supaya meluluskan atau menolak mana-mana permohonan
di bawah Bahagian iii, termasuk apa-apa permohonan bagi menentukan sama ada
pemohon itu ialah seorang warganegara melalui kuat kuasa undang-undang.”.
Subseksyen 16(2)
1. Subseksyen (2) yang ada sekarang digantikan oleh Akta 26/1963, subseksyen 33(3),
berkuat kuasa dari 16-09-1963. Fasal (2) yang asal berbunyi seperti yang berikut:
“(2) Dalam seksyen ini “perakuan” ertinya—
(a) apa-apa perakuan pendaftaran sebagai warganegara yang diberikan di
bawah Perkara 15, 16, 17 atau 170;
(b) apa-apa perakuan pendaftaran sesuatu kelahiran di suatu Konsulat Malaya
di bawah perenggan (d) Fasal (1) Perkara 14;
(c) apa-apa perakuan naturalisasi yang diberikan di bawah Perkara 19 atau
20;
(d) apa-apa perakuan kewarganegaraan yang dikeluarkan di bawah Perkara 30.”.

